Thursday, May 17, 2012

New Milestone

Tarikh 16 May bakal menjadi satu tarikh yang penting dalam hidup aku. Ini lah tarikh harijadi arwah bapak aku. Kalau dia masih hidup, dia pasti menyambut harijadi nya yg ke 71. Apapun, aku sedekahkan Al-Fatihah wat arwah bapak aku dan berdoa dia ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.

16 May jugak merupakan hari guru dimana walaupun aku bukan guru sekolah atau maktab, namun aku berbangga dapat mencurahkan ilmu yg ada pada aku kepada anak2 buah aku yg senantiasa dahagakan ilmu tuk memperkembangkan bakat mereka yg sedia ada.

Dan juga, tarikh 16 May ni bakal dikenang sebagai satu "milestone" dalam sejarah studio aku dimana video sulung hasil dari tenaga kerje EyeStudio Photography (lagu duet Ziana Zain dan Sohaimi Mior Hassan ~ Misteri Cinta)  telah diuploadkan di You Tube buat tatapan semua peminat.

Rasa bangga aku tak di huraikan dengan kata kata. Yang dapat aku lakukan ialah bersyukur yang amat sangat pada Allah kerana memberi aku dan jugak rakan kongsi aku, Aizul Marcello kekuatan untuk mengambil keputusan untuk menghasilkan video clip ini. Juga ungkapan Terima kasih yg tiada berbelah bagi pada semua warga kerje yg membantu dalam pembikinan video ini; Aloy, Shafik, Fiqri, KZ, Syamil, Kak Jah Rodi dan juga pembantu videographer Huzaifah. Tak lupa jugak pada talent2 yg berbakat Faruq Fadlullah and Miera Pupu and to HaiQarl from Ziana Folks and Lisa da vogue, PA to Ziana Zain

Again, NEW MILESTONE for EyeStudio Photography !!!!!!!

No comments:

Post a Comment