Showing posts with label Renung Renung kan lah. Show all posts
Showing posts with label Renung Renung kan lah. Show all posts

Monday, July 23, 2012

Mereng Lak Pala Otak Aq niiiiii

Masa nak start dulu ada orang britahu,
Ko kene kuat mental and not just fizikal
As usual, aq brushed aside, (sipi2 jer)
Selama ni pon, aq kuat apa dari mental & fizikal
Setakat keje long hours tu, small matter ajer
Dah selalu sangat
Dari hotel ke retail ke consultancy
Sama jer masa aq dedicate kat keje

Tu laaa bak kata pepatah orang dulu dulu
Jangan riak
Jangan sombong
Cuba sesekali dengar pada orang yang makan garam dulu
Tok sah laa nak tunjuk terrer sangat
Awak tu bukan muda remaja lagi
Dah sampai tahap remaja dewasa
Kalau dok paksa body tu keje overtime memanjang
Mesti sengal sini sengal sana

Tu baru fizikal punye cer
Tak masuk mental lagik
Satgi dia buat mai migrain attack
Tak ka naya
Tu pun tak mau sedaq dighi lagi

Bak kata orang Perok,
Udoh Udoh ler tu
Badan mika tu kang longlai kang
Cuba bawak banyak berehat
Tak ler dok rasa giler nak meroyan tak tentu hala
Fius asyik dok terbako jerrr
Mau hangus kang satu hari nanti

Kang bila dah mereng, sape nak jawab
Ingat senang ke nak pulih balik
NO NO NO
Panjang masanya nak recover balik
Soooooooooo
TAKE IT EASY
IT'S NOT THE END OF THE WORLD
Setiap dugaan pasti ada hikmah di sebaliknya
Setiap masaallah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Tak Gitu ........

Monday, April 9, 2012

COMMITMENT

Kdg2 tu aq terfikir jugak bila ada jugak manusia dalam dunia ni suka sngt amek jalan hidup mudah. Semua nak shortcut jerr. Tapi bila d tanya, beria ia kata serius. Serius apnye? serius taik kucin.

Cara aq sebena nye senang jer. Kalau nak kata nak, kalau x bole gtau ajer ler, pastu bole ikut jalan sendiri. paling aq menci bila orang x tau nak berterus terang. Suka sngt ada yg tersurat and tersirat. Ada motif len bila dorang wat keje.

Kalau la betul2 ada commitment nak keje, keje ler, tapi bile keje ni cam time pg lepak, then aq rasa better x yah commit. betul tak? Nyusahkan semua pihak.

Bile social life lebey penting, then go and enjoy puas2. Penat la nak melayan orang2 camni. Dorang kene realize, there is no such thing as "having a cake and eat it too."

Aq rasa it boils down to choices. Keneler pilih jalan mana yg nak ikut. Dalam dunia ni mana ada "security blanket", Kene melalui d proses cam orang len gak.

So, to whom it may concern, kalau sebarang keputusan aq ngan bzness partner aq buat nanti, jgn la dok cepat nak tunjuk jari ya, Ukur baju d badan sendiri dulu. Setakat keje ala alakadar tu, semua orang bole buat. It does not take a rocket scientist to do what you do.

Peluang tuk buktikan aq rasa dah diberikan tap masih performance d takok lama. So U shud know what to do next. Kalau x tau jugak, aq dgn rela hati bole tunjukkan jalan ....

Tuesday, March 27, 2012

Andaikata Anda Menghadapi Kegagalan .....

Hubungan cinta yang terjalin tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan buat semua pasangan. Adakalanya rasa kecewa menerpa apabila segala yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Tetapi anda tidak perlu risau kerana rasa kecewa yang dialami semasa bercinta adalah sesuatu yang normal.

Malah semua manusia di dalam dunia ini kebanyakannya pernah merasai kekecewaan akibat cinta. Apa yang membezakan di antara diri anda dan orang lain ialah cara anda mengatasi dan mengubat kedukaan tersebut.

Di sini disenaraikan 10 perkara yang mesti anda lakukan apabila dirundung malang atau kegagalan dalam percintaan.

1. Mendekatkan diri dengan Tuhan

Perkara ini tidak seharusnya dipraktikkan semasa anda bersedih sahaja. Sebaiknya sepanjang masa anda mengingati Tuhan agar hidup anda lebih tenang dan diberkati. Namun apabila berada di dalam kekecewaan, lipat gandakan lagi ibadah dan dan sentiasa bersyukur dengan apa yang berlaku. Percayalah bahawa pasti ada rahmat di sebalik segala dugaan yang diberikan oleh Tuhan.
2. Menangislah sepuas hati

Mungkin ada orang yang beranggapan menangis bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Namun dengan menangis sekurang-kurangnya anda dapat meredakan segala tekanan yang ditanggung. Jangan pendam segala masalah yang dihadapi kerana ianya hanya akan menyesakkan lagi fikiran anda.

Malah ramai pakar psikologi percaya menangis adalah antara terapi terbaik untuk melegakan tekanan. Namun harus diingat, janganlah menangis secara keterlaluan hingga boleh memudaratkan diri. Juga tidak salah untuk seorang lelaki melepsakan tekanan melalui tangisan.

3. Mengadu pada teman

Rasa kecewa yang dialami adakalanya perlu dikongsi dengan orang lain. Namun anda harus bijak memilih teman kerana bukan semua teman mampu berkongsi kesedihan dengan anda. Pilih teman yang paling anda percayai dan minta sedikit nasihat daripadanya.

Seorang teman yang rapat sudah tentu mengenali anda secara peribadi dan mereka mampu untuk merasai segala kesedihan yang anda alami. Jadikan nasihat yang diberikan itu sebagai pemangkin untuk anda meneruskan kehidupan.

4. Menulis di FB atau blog peribadi

Ada juga individu yang akan melepaskan tekanan atau rasa kecewa yang dialaminya di atas sekeping kertas or pada skrin komputer. Jika cara itu sesuai dengan anda, teruskan sahaja kerana ianya cukup praktikal dan tidak menyakitkan sesiapa. Lagi elok jika anda menjadikan diari sebagai teman baik anda semasa berduka, Segala catatan yang dicoretkan adalah luahan hati anda sendiri.

Namun kini zaman semakin moden. Blog peribadi juga sering menjadi pilihan sekiranya diri dilanda kekecewaan. Oleh itu jangan bersedih lagi kerana anda kini mempunyai ruang peribadi yang cukup besar untuk meluahkan rasa kecewa yang dialami.

5. Beri ruang pada diri sendiri

Sesetengah individu suka membuang rasa kecewa yang dialami dengan cara duduk bersendirian untuk tempoh jangka masa tertentu. Dalam tempoh tersebut anda boleh menilai semula apa yang berlaku dan mampu berfikir dengan lebih rasional. Percaya pada diri sendiri dan teruskan hidup seperti biasa.

Ada juga yang sering suka pergi ke tempat yang boleh mendatangkan ketenangan di jiwa dan minda. Suatu tempat yang di penuhi dengan alam kehijauan semulajadi

6. Jauhkan diri dari tempat kenanganmu

Jika anda telah lama menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang, sudah tentu banyak kenangan yang tercoret di antara kalian. Jalan terbaik cuba hindari lokasi-lokasi yang pernah menjadi kenangan cinta di antara anda dan si dia.

Dengan cara ini ianya sedikit sebanyak mampu meredakan tekanan serta melupakan kisah cinta tidak kesampaian di antara anda dan si dia. Jika anda masih tidak mampu, apa kata anda berpindah dan mencari persekitaran baru yang lebih sesuai dengan jiwa anda yang kekosongan.

7. Berfikiran positif

Apabila si dia menolak cinta anda, pasti ada sesuatu yang tidak kena wujud di dalam diri anda. Adakalanya anda tidak menyedari terdapat banyak sikap negatif di dalam diri sendiri.

Oleh sebab itu, jadikan kekecewaan yang dialami sebagai medan untuk anda muhasabah atau menilai diri sendiri. Mana yang kurang elok, segera dibuangkan supaya tragedi yang sama tidak akan berulang apabila anda menemui pengganti si dia.

8. Bergembira bersama rakan

Jika sebelum ini anda selalu menghabiskan masa dengan kekasih hati hingga anda dikecewakan, apa kata kini anda cuba meluangkan masa dengan kawan-kawan anda pula. Tidak salah untuk bergembira dan bersosial bersama rakan-rakan asalkan anda tahu akan batas-batasnya.

Mungkin dengan cara ini anda dapat melupakan atau mengurangkan rasa kecewa yang dialami. Melalui kajian yang pernah dilakukan, kaedah ini dikatakan sangat berkesan dan kebanyakan mereka yang pernah mengalami rasa kecewa yang melampau berjaya mengatasinya apabila terdapat komuniti sosial mendampingi mereka. Alangkah hebatnya pengaruh rakan-rakan di dalam kehidupan kita.

9. Buat penampilan baru (imej baru)

Buang imej lama anda dan tampil dengan imej baru yang pastinya lebih segar dan menawan. Secara tidak langsung kekecewaan yang anda alami memberikan kebaikan kepada diri anda. Dengan penampilan baru yang lebih segar, pastinya peluang untuk anda mencari pengganti atau meningkatkan kerjaya anda terbuka luas.

Jadi jangan lepaskan peluang kerana dengan pekerjaan yang baik serta penampilan diri yang berkeyakinan anda pastinya mampu untuk mencari pengganti yang jauh lebih menarik daripada bekas kekasih anda.

10. Cari Pengganti

Jangan terlalu lama meratapi kehilangan insan tersayang. Bangkit daripada kekecewaan yang dialami dan cari pengganti yang jauh lebih elok daripada kekasih lama. Percayalah peluang untuk anda mengubat kedukaan terbuka luas asalkan anda bijak mencari peluang. Tepuk dada tanya selera!

Tetapi ingat, jangan sesekali cuba membandingkan buah hati anda yang baru dengan yang lama. Buat lah "closure" dan teruskan hidup !!!!!




Thursday, February 2, 2012

Saturday, January 21, 2012

Tangisan Dalam Ketawa

Setiap dari kita pasti mempunyai personaliti yang berbeda. Kerana, jika semua manusia mempunyai personaliti yang sama, nescaya dunia ini akan menjadi satu platform di mana tiada "excitement" dalam menjalani journey kehidupan harian kita. Namun begitu, di sebalik kesibukan dan kerancakan aktiviti semasa, terasa amat susah sekali untuk kita senantiasa berada di kelompok keadaan yang tiada gundah gulana.

Kita harus sentiasa kuat dalam menghadapi segala rintangan yang melanda. Kita harus jugak menganggap segala dugaan itu sebagai ujian dari Allah kerana Allah akan sentiasa menguji umatNya yang di sayangi.

Ada di antara kita yang dapat meneymbunyikan perasaan yang melanda di hati, namun ada jugak segelintir dari kita tidak pandai untuk merahsiakan perasaan hati baik yang baik mahupun yang kurang menyenangkan.

Apa apa pun yang berlaku, kita harus berwaspada kerana emosi yang di tunjukkan mungkin boleh memepengaruhi orang di sekeliling kita. Ianya dalah sesuatu yang amat susah untuk di lakukan, tapi ianya juga tidak mustahil.

Oleh itu, kita harus cautious / berhati hati bila kita berinteraksi bersama yang lain. Biar ianya hujan turun membasahi di dalam diri kita, namun ketawa dan senyuman akan dapat membantu menghilangkan kekusutan dan keserabutan yang di alami walaupun sedikit tapi ianya akan memeberi impak kepada semua ......

Monday, January 2, 2012

Hati Dan Perasaan


Bila kita mulai mengenali seseorang, selalunya, hati kita akan terasa gembira tatkala teringatkan seseorang itu. Degupan jantung jadi pantas, fikiran jadi celaru, kata hati cuba memberitahu.

Maklum la, bila kita baru mula nak mengenali hati budi. Rasa excited yang teramat sangat. Segala yang di pamerkan indah indah belaka. Bak kata pepatah, kalau kentut pun kira wangi semerbak harum.

Namun begitu, tatkala satu "persahabatan" itu baru bermula, kekadang kita terlepas pandang, di mana kita sudah ada orang yang menyayangi diri kita.

Mungkin dari sudut kaca mata kita, tiada apa apa kesalahan yang telah kita lakukan. Namun kita tidak tahu di hati kecil seseorang yang begitu sayangkan diri kita telah terguris, terguris seperti sebilah pisau yang tajam menghiris hati hingga ianya luka berdarah.

Bila melibatkan hati dan perasaan, ianya begitu "delicate" dan memerlukan perhatian yang teramat agar ia tidak terasa luka berdarah seperti sungai lesu mengalir. Reaksi tindak  balas berbeda dari sorang ke sorang yang lain. Ada yang hanya memendam rasa dan ada yang memastikan kedukaan yang di alami di kongsi bersama seluruh alam maya.

Apapun, kita harus bijak menangani segala rintangan yang mendatang agar tiada pihak yang memakan hati memendam duka. Jangan kita terleka dengan segala yang baru mendatangsehinggakan kita terlupa pada cinta yang berada di hadapan kita sekelian lama..............

Saturday, December 24, 2011

O.P.P.O.R.T.U.N.I.S.T

By definition in Oxford Advanced Learners Dictionary, an opportunist is someone who makes use of an opportunity and especilly to get an advantage of oneself.

Someone who knows when to seek and gain advantage over situation that will benefit oneself. It's not a bad thing unless one uses the opportunity at someone else's expenses to get ahead.

Then there are "someones" who will ride on other people's success coat tail to get ahead so they won't have to work hard; in other words, mainly breezing thru life.

These opportunist usually will be your best friend but the moment they realize they will not be gaining any benefit, you will be dropped from their circle of friends. These people tend to be calculative and more than likely conniving in order to ensure what they desire they will get no matter what.

Sad, but it's true when we have to deal with these type of people. The best thing you can hope for is to be cautious as not to be taken advantage of ....................................

Friday, December 16, 2011

Be True .......

Someone said to me the other day that I am too blunt.

Am I ? Of course ......

I guess the years I spent in the States have a continous effect on how I carry myself throughout the years.

But you guys wanna know something? I like being blunt coz then, I don't have to be pretentious.
You get what you see (as they always said it !!!!!!!)

But then the culture different requires you to be more diplomatic as not everyone you encounter can accept you the way you are. This is where I strongly feel that you need to make a minute adjustment in your daily dealings with other human species in order to ensure they do not "terasa hati".

As you progresses through your journey of life, you will however learn to adapt to your current environment and insyallah, hoping for the smooth and best journey ever. I know I had to. You do not and ever want to hurt the feelings of those closest to you; be it your mom, family, "special fren", your staff and also your business partner.

All in all, analyze and evaluate each situation differently and with Allah guidance, insyallah I will prevail in the end.

But most important, I MUST and ALWAYS be truthful to me, my beliefs and my destiny .......




Friday, November 18, 2011

HUJAN ......

There is nothing better than having "Hujan Rahmat" on a Fridau afternoon.
It really cools off and set the tone for a relaxing and soothing weekends.
 I'm sure each and one of us had a vigorous week with datelines, meetings and projects due,
so this is a very nice way for us to start unwind for the weekend. 
U don't need to have a full and hectic weekends
but merely just
 "santai" and "lepak2"
with family and friends.

So guys, enjoy and have a great one ya !!!!



Thursday, October 27, 2011

Menghitung Hari di IHI Alliance

Memenag aq x menyangka bahawa aq akan meninggalkan company yg aq bekerja sekarang. I know it is not forever but not this fast. Aq meninggalkan nya pun bukan atas faktor2 yg membuatkan aq sakit hati, marah atau sebagainya tapi lebih kepada memenuhi kehendak pada anjakan paradigma journey aq ini.


Banyak yg telah aq pelajari walaupun dalam masa yg singkat. (3.5 tahun). Banyak exposure yg telah aq dapat especially kat international level yg aq rasa amat sukar sekali kalau aq tidak melibatkan diri aq ngan IHI Alliance ini.

D tambah pilak ngan bos yg begitu understanding yg telah memberi 100 % kepercayaan dan kebebasan untuk aq berkarya. (maksud aq tuk aq buat development dalam bahagian training).

Namun begitu, atas dasar kehidupan ini harus d teruskan d mana cabaran baru harus d terokai, aq ngan rasa yakin dan semangat akan menjayakan perniagaan studio aq ini bersama rakan kongsi aq dan juga anak2 buah aq yg bakal mewarnai dunia fotografi and putting our "stamp mark" to the whole world !!!

INSYALLAH ..... Doakan kejayaan kami .....

Friday, September 9, 2011

Dukacita Menghapuskan Dosa

Rasulullah s.a.w. bersabda "Apabila seorang hamba terlalu banyak dosanya dan tidak ada amalan untuk menghapuskan dosa-dosanya, Allah akan melibatkannya dengan kedukacitaan untuk menghapuskan dosa-dosanya" (Riwayat Ahmad dari Aisyah r.a.)

Jikalau seorang hamba melakukan amalan kebaikan, ia akan menjadi menghapuskan dosa-dosa kecilnya. Tetapi jika dosanya telah terlalu banyak dan dia tidak melakukan sesuatu untuk menghapuskan dosanya, maka Allah akan menimpakan sesuatu yang mendukacitakan atau merungsingkannya untuk menghapuskan dosanya. Misalnya anak dan isterinya demam demam, tayar keretanya pancit, keretanya rosak dan sebagainya.

Dari Abu Said Al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. "Seorang Muslim itu tidak ditimpa sesuatu dari keletihan, penyakit, masaalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitnya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan sebabnya sebahagian daripada dosa-dosanya" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Mana-mana Muslim yang sakit atau terkena sesuatu musibah digugurkan dosa seperti pokok kayu gugur daunnya di musim luruh. (Riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas'ud)

"Bila aku (Allah) mengenakan satu musibah ke atas hambanya samada ke atas badannya, hartanya, anaknya dan disambut dengan baik, aku malu hendak tegakkan timbangan amalannya" (Riwayat Muslim, Hadis qudsi sahih)

Orang yang sakit lama dan diterimanya dengan redha, maka diampun dosanya kecuali dosa dengan manusia. Segala musibah ada pampasannya kerana ia datang dari Allah (takdir). Ada pampasan sehingga habis segala dosa.

Walaupun orang yang kena musibah itu hamba Allah, Allah berhak melakukan apa sahaja ke atas hambanya, namun Allah malu hendak menimbang amalan hambanya yang sabar dengan musibahnya di hari kiamat. Musibah itu menyedarkan manusia tentang kesalahannya supaya dia insaf dan "reverse" kesalahannya.

Thursday, August 18, 2011

Ku Cium ......

Ku cium
Tanganmu ..... tanda cinta
Dahimu  ..... tanda kasih
Pipimu  ..... tanda sayang
Hidungmu  ..... tanda ikhlas
Bibirmu  ..... tanda rindu

Sunday, August 14, 2011

Sejarah Lama Hinggap D Hati Ini Lagi ???

Minggu lepas memang satu minggu yg begitu mencabar wat aq. Mana ngan demamnya, mana ngan jumpa orang yg dah lama aq x jumpa and jugak jmpa wat pertama kali bakal ahli baru keluarga aq. All in all, kira hectic jugak ar jadual aq ni last week.

Nak menambahkan perisa pulak, ada suatu peristiwa yg telah terjadi d mana membuat aq memikirkan kembali arah perjalanan "journey kehidupan" aq ini.

Kalau peristiwa itu sesuatu yg bole membahagiakan aq, x per ler jugak, tapi peristiwa itu trus mengingatkan aq pada sejarah2 hitam yg pernah aq lalui.

Adakah kerana kedua dua insan ini yg sibuk dalam menegjar impian masing masing hinggakan perhubungan yg telah lama d bina itu seolah olah "drifting" away bit by bit. Bila aq fikir fikirkan balik, mungkin jua ia ada impact dalam jalinan kasih sayang antara kami.

Adakah kedua dua nya berada d dalam zon yg terlampau selesa sehinggakan "taking each other for granted"? Atau mata kami telah d selubungi dengan selaput yg mengkhayalkan hinggakan tidak dapat lagi melihat keadaan sekeliling dengan hati yg terbuka.

Yg lebih menyedihkan, tiada pihak yg berkata ia berada d tempat yg salah dan masing2 memikirkan bahawa tindakan yg d ambil benar belaka.

So, haruskah aq mengkaji semula perhubungan yg telah lama terjalin atau harus kah aq membuat sesuatu yg drastik agar hati ini tidak akan melalui detik detik yg bole menyerabutkan kepala.

ARGHHHHH !!!!!!!! Bengong aq........ Bengong sebengongnya......

Aq berharap sangat agar sejarah lama tidak singgah d hati ini lagi tapi jalan penyelesaian yg aq harapkan seolah olah sukar untuk aq gapaikan......

Friday, June 17, 2011

Jus Think Bout It ......

Happiness keeps You Sweet,
Trials keep You Strong,
Sorrows keep You Human,
Failures keeps You Humble,
Success keeps You Glowing,
But Only Allah keeps You Going!

Wednesday, June 15, 2011

AWAT DOK X CUKUP JA NIIIIIIIII ....

Aq rasa setiap yg bergelar pekerja makan gaji pasti menunggu hari bahagia setiap bulan. Of course, HARI GAJI !!!!!.....

Bukannye seronok apa pun tapi sahabat2 dr institusi kewangan dok sebok calling2 mintak duit depa. Macam la kita x mau bayaq. Memang la kekadang tu ada terkucil sikit dek kerna pelbagai alasan.

Mayb kot kerna kita balik kmpng ka, insuran keta mampoih ka, paling koman kalau keta dok wat hal; macam tau2 saja duit nak masuk.

Aq ni lak rasanya macam kebanyakan warga kota d mana hutang kira tahap maxima laaaa. Bukan sengaja tapi terpaksa........hehehehehehehe.......

Rezeki yg aq dapat memang la agak besaq sikit dr hak len tapi kene ingat, hutang aq pun bole tahan jugak; ni dah keliling pinggang 6 kali lilit weiiiii.....

Tapi x per, kalau kita pandai budget, insyallah smua akan kawtim !!!!! Eh eh macam tagline Hazama lak.... hehehehehehe

Mujoq jugak aq skung ni x suka kluaq umah sngt, cuma jika perlu ..... so kalau x der ape2 keje, aq lepak kat umah ja laaa. Lagipun dah bayaq Astro mahai2, baek aq layan ja.... sampai kekadang tu ada cerita yg aq tgk smpai 5 - 6 kali. Kira dah bole hapai dailoq laaa....

So pada kawan2 and adek2 smua, bila nak belanja, tolongla pikiaq abih2. Belanja ikut kemampuan, jgn ikut nafsu. It's not a gud feeling bila barang2 yg kita beli d tarik balik. So, plan betoi2........

SAYA SUKA / SAYA SEDIH TENGOK ........

NI POSTING IMPORT DR BLOG SESEORANG....... SILA BACA .... MENARIK !!!
saya suka tengok jari awek saya...cantik betul.. sungguh! sampai takut nak pegang...bukan takut patah... tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

saya suka tengok rambut awek saya...cantik betol... sungguh! sebab tu saya belikan tudung... bukan sebab jeles orang lain tgk jugak.... tapi sebab saya nak tgk rambut iklan pantene dia sampai bila2... takut nanti terbakar dek api neraka di suatu hari yang giler forever

saya suka tgk body awek saya...cantik betol... sungguh! sebab tu saya belikan dia telekong supaya mase die dating dengan Kekasih die Yang Utama dia lagi cantik dan berseri menghadapNya. saya pun tumpang dapat pahala. pheh syoknye...

saya sedih tengok awek saya tak tido tak makan rindu kat saya... saya pun macam tu jugak,ada problem yang sama.. die tanya apa ubatnya? saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa... semoga lebih cintakanNya dari saya...

saya sedih tengok awek saya selalu pesan macam2 kat saya.. "makan, minum, drive elok2 tau.. nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya.. tapi bila tengok movie sama2 burn asar maghrib gitu aje die tak kata satu aper pun.. berdosanye saya....

kesimpulannya saya memang sayang dia..

nak jumper die giler forever..
yang forever punye forever..
di dunia dan akhirat terutamanya..
janji nak share heaven sama2..
bahagia selamanya...

semoga kami saling mengingati.. 

dosa sendiri pun infiniti..
nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni..
semoga kami menginsafi diri..
Ya Allah ampunkanlah kami..
semoga kami dapat bersama selamanya nanti..
Amin...

Tuesday, June 7, 2011

CER CARI 12 SPOT YG BOLE WAT KAUM ADAM TERANGSANG KAW KAW PUNYA .....

Hello geng, di sini ada 12 spot / titik-titik yang mampu meningkatkan nafsu berahi lelaki ;
 
 
1.BELAKANG TELINGA
Ada lelaki yang begitu sensitif dikawasan belakang telinga, jangankan dicumbu malah disentuh saja sudah membuatkan lelaki kegelian . Saat dicumbu ghairah lelaki akan mulai memuncak. Gesekan lidah akan menimbulkan rangsangan yang hebat.Kerana terlalu suka kadang kala lelaki akan memiringkan kepalanya bagi membuka peluang kepada pasangan untuk menjelajah lengkuk yang terletak dibelakang telinga, kamu semua cubalah pasti berkesan sebab aku telah mencubanya ahakssss.
 
 
2. TELINGA
Cuba teka kenapa pasangan anda seting mencumbui atau menjilat telinga anda?, senang sahaja jawapannya ialah kerana si dia berharap anda akan memberi perhatianyang sama pada telinganya. Menurut penulis buku How to Be A Great Lover, hormon lelaki iaitu testosteron sangat mempengaruhi kepekaan kawasan sekitar telinga. Maka tidak hairanlah jika rangsangan pada telinga lelaki lebih berkesan berbanding kaum lain (jantina lain). Lelaki akan naik ghairah apabila cuping telinganya dikulum atau dihisap.
 
 
3. BAHAGIAN BAWAH TULANG TENGKORAK
Menurut ahli terapi pakar urut profesional biasanya akan mengelak kawasan urat nadi dan saraf yang tidak berotot. Kerana kawasan ini adalah daerah berbahaya dan pantang tersentuh. Daerah ini sangat sensitif terhadap sentuhan . Kulit dibahagian ini lebih nipis kerana banyak saraf yang berkumpul. Oleh itu lelaki mudah terangsang apabila disentuh. Sentuhan pada daerah berbahaya yang berada dibawah tulang tengkorak ini bolen membangkitkan ghairah. Usapan ringan di daerah ini dapat menambah keintiman anda dengan pasangan.
 
 
4. BAHAGIAN BAWAH LENGAN
Ramai yang mengakui sentuhan ringan di daerah ini iaitu dari pergelangan tangan hingga siku cukup untuk merangsang ghairah. Tetapi sentuhan yang terlalu cepat dan kasar tidak akan menimbulkan sensasi erotis. Ciuman pada daerah ini akan menambahkan lagi rangsangan dan sudah pasti gejolak seks anda meluap- luap, tetapi berhati-hati jangan terlajak sehingga ke bahagian ketiak nanti agak berbau menghilangkan nafsu seks anda kecuali pasangan anda itu mandi.
 
 
5. PANGKAL LEHER
Gigitan kecil ala-ala vampire dibahagian otot besat yang terbentang dari leher hingga kebahu juga boleh memancing ghairah seksual lelaki, jangan gigit terlalu kuat nanti berahi seks menurun terus-terus turn off. Sepatutnya gigitan ini akan menyebabkan ketegangan pada otot menambahkan lagi nikmat gigitan. Malahan ia kakan membuatkan anda berasa seolah-olah tidak sabar untuk melayar seksual ke peringkat selanjutnya.
 
 
6. ATAS BIBIR
Bahagian muka paling sensitif terletak diatas bibir. Disitulah terletaknya hujung saraf perasa. Sentuhan selembut mana pun mampu membuat anda dalam keadaan aduhai cubalah kalau anda tidak percaya. Apatah lagi bagi lelaki bermisai nipis. Bahagian ini boleh diusik dengan lidah. Sentuhan-sentuhan lembut seperti bulu ayam atau apa saja benda berbulu dan lembut akan membuat sentuhan lebih bermakna.
 
 
7. KULIT KEPALA
Antara sebab lelaki suka ke salon ialah kerana ketagih urutan di kepala.. Semua lelaki termasuk yang botak akan menyukai urutan dibahagian kepala , kulit dibahagian kepala sangat nipis dan menyimpan terlalu banyak sarang perasa. Untuk melakukannya cuba berbaring di riba pasangan dan minta dia ramas kepala anda. Ghairah anda dijamin akan menjalar.
 
 
8. PUTING
Puting lelaki amat sensitif tetapi ia sering diketepikan. Walhal sentuhan pada puting dapat mempercepatkan proses orgasme. Ia disyorkan supaya pasangan anda meletakkan sebelah tangannya pada dada anda sambil jari jemarinya bermain-main lembut putting dada anda, manakala sebelah tangannya lagi mengusap lembut bahagian perut. Sudah tentu ghairah anda menggebu. Tapi ingat ! walau apa pun yang dibuatnya pada puting anda pastikan ia tidak deperlakukan denga kasar kerana ia akan menjejaskan ghairah.
 
 
9. TAPAK TANGAN
Tapak tangan antara kawasan yang sangat sensitif untuk dirangsang. Urat-urat kecil dibahagian ini begitu peka dengan geselan atau urutan. Jika diurut pada bahagian ini anda akan berasa cukup ghairah seolah-olah anda ingin melakukan hubungan seks ketika itu juga.
 
 
10. JEJAK CINTA
Jejak cinta terletak diantara pusat hingga ke rerembut kemaluan. Kawasan ini jika ditekan secara perlahan-lahan akan membangkitkan sentuhan erotis. Ia boleh dilakukan dengan gerakan melingkar menggunakan seluruh jari( ini boleh dicuba sendiri )
 
 
11. TULANG TONGKENG
Kedudukan tulang tongkeng terletak pada bahagian paling bawah tulang belakang. Kawasan ini akan memberi kenikmatan tersendiri jika disentuh dengan lembut. Mengurut daerah ini dengan losyen boleh memberi kesan yang luar biasa kepada anda.
 
 
12. TULANG PINGGUL
Bahagian ini banyak terdapat saraf-saraf perasa kerana letaknya berdekatan dengan alat kelamin. Nafsu akan bergelora apabila kawasan ini diramas atau digigit

Friday, May 27, 2011

RAHSIA

Setiap dr kita pasti mempunyai RAHSIA bile mengharungi journey yg bnyk ranjau berduri yg kite kenali sebagai kehidupan.

Walau bagaimana intim dan rapat sekali pun d antara couple2 yg telah terjalin, namun pasti kite ade menyimpan, kalau x bnyk, sedikit RAHSIA.

Kekadang tu, RAHSIA itu mungkin terjadi d masa lampau, and kekadang tu pulak berlaku semasa terjalinnya ikatan persahabatan.

Adakah RAHSIA itu suatu perkara yg bole menyakitkan seseorang? Mayb..... But then mayb not.......

Memang dlm relationship kite d galakkan senantiasa berterus terang but if and I mean a big "IF", bile RAHSIA d revealkan, bakal terjadinye huru hara, haruskah kite simpan saje niat d hati?

Neway, macam sedara aku selalu cakap...... "Biarlah RAHSIA"..........

Tapi ada jugak couple yg bercouple ngan penuh RAHSIA. Hidup dlm kepura puraan. Tidak d alam nyata. Kite mesti selalu ingat bahawa kalau kehidupan kite penuh ngan RAHSIA, tiada ketenangan jiwa, pala akan selalu serabut bagai dunia in penuh ngan kekalutan dan kekusutan.

Couple yg declare tiada RAHSIA d antara mereka lak, bak kata Usop Willcha, "Nampak sngt menipu". hehehehehehe. Bole kah berlaku d mana tiada langsung RAHSIA d antara mereka? Kalau mmg benar, mmg patut kita ucapkan setinggi tinggi tahniah as we all know and aware, amat susah skali untuk perkara itu berlaku.

Conclusi nya, walauapa sklai pun RAHSIA yg tersirat and tersurat, kalau kite sayang n cinta akan seseorang, kite harus berikhtiar tuk memperbaiki segala kelemahan diri and cube ngelak mempunyai RAHSIA kerna ia bole membinasakan segala yg telah kite bina bersama.....................

Sunday, May 22, 2011

Langit Tidak Selalu Cerah

Selang beberape malam yg lalu, sedang aq bz dok memflipkan channel kat Astro, tetibe ada satu movie menarik perhatian aq. Movie Melayu uolls !!!! Aq ni bole kire d katakan Malay Movie Buff jugak ler. Bukan kerna movie ni acting dia best tapi kerna actress pujaan hati aq berlakon.

Korang nak tau sape?

Jeng Jeng Jeng

Tak lain tak bukan, bintang pujaan aq ==================> UJI RASHID .......

Lakonan dia dlm cerite ni x ler best pon. Tapi dek kerna Uji Rashid, aq redah jugak sejam setengah melayari cerite yg mempunyai mesej yg amat relevant pada kite smua.

Jalan cerite dia mmg klise. Nak kata bermain ngan emosi, jauh sekali. Music background dia tok sah kata ler, mmg very der 70's punye. Lakonan lak.............................................HAMPEH !!!!

Berbalik pada tajuk yg telah d hidangkan pada semua "Langit Tidak Selalu Cerah" memang perlu kite amek iktibar.

Kenapa?

Kerna manusia ini bile sudah senang dan berjaya, kekadang kite lupe akan mereka yg telah beri supprot masa kite susah dan tgh struggling.

Kemewahan yg ada d dpn mata kekadang mengaburi mata kite hingga kite tidak dpt lagi menilai yg mata intan dan yg mata kaca.

Dan jugak d sebalik kemewahan and kejayaan kite itu, akan ada parasit2 yg menghinggap pd kite and menghisap segala apa yg kite ada demi kepentingan mereka. Setelah ape yg d hajat mereka tercapai, kite d  tinggalkan begitu sahaje and d biarkan merempat tanpa arah tuju hala nye.

Maka d kala itu, baru timbul rasa kekesalan and keinsafan dan berusaha memperbaiki segala yg telah terpincang selama ini. kekadang kite masih bernasib baek kerna masih ada yg sanggup memaafkan dan menerima kite kembali.

Namun, ada jugak yg tidak dpt berpatah balik dan hanya mampu melalui sisa2 kehidupan dlm keadaan yg begitu mengaibkan.

So, d sini, aq cuma ingin mengingatkan semua geng2 aq supaya agar bijak menilai dan bertindak dan jgn mudah terpedaya ngan kemewahan, kejayaan and kesenangan yg kite kecapi kerna itu semua bole d tarik bile2 masa sahaja tanpa kite bersedia. Harus lah kite bersyukur ngan ape yg kite ada and hadapi lah segala ujian and rintangan ngan hati yg tabah and selalu ingat, ape pun yg kite buat harus d buat ngan hati yg ikhlas.
Moga ngan keikhlasan itu dapat memberi kite rahmat dan kite dpt menharungi perjalanan hidup kite ngan aman.....

Tuesday, May 17, 2011

Kisah Atuk Ngan Nenek Aku ......

Adaler sepasang Atuk dan Nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal.. akhirnya pergi menemui doktor..

Doktor mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja.

Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara.


Suatu malam kedua Atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...
Tiba-tiba si Atuk berdiri..

Nenek : "Mahu kemana?"

Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"

Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"

Atuk : "OK .."

Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"

Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"

Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"

Atuk : "Beres .. !!"

Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan lupa semuanya"

Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila..strawberry dan krimnya bukan?"

Nenek : Ya!!

Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada Nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.


Nenek : (Dengan wajah terkejut)
"Nah, Aku dah kata.. abang akan lupa pesananku... sepatutnya ditulis dulu"

Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"

Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."