Wednesday, March 30, 2011

Imbasan Kembali ... March 2009 ... City of Love ... Paris ... series 2

Ni masa mula2 touch down kat
Charles de Gaulle airport
of course snap2 dulu

Dlm train menuju ke hotel
masa ni muka tgh kembang
dek baru abis flight 13 jam

Cabaran pertama aq d Paris ialah nak berkomunikasi. Org2 French ni x ramai yg pnadai cakap org putih. Dorang hanya cakap FRENCH sahaja. Cuba bayangkan...... GILA........Mmg gila
Neway, adaler jugak sekerat dua yg bole faham. So smpai aje, aq trus amek train g ke stesen (alamak lupe ler nama stesen tu pulak). Aq menginap kat Novotel, dekat dgn Eiffel Tower. (saje jer plan camtu, so x tercangak cangak lak kang mencari).

Smpai jer ke stesen, dah jadi buntu. Map ade tapi masaalahnye, aq ni x pndai baca map. Ni kalau masuk hutan gerenti aq x kluar2 dah. hehehehehehe. Last2 aq tanyaler kat satu Aso French ni, tanya kat dia mana hotel yg aq cari tu. Dia bagai nak rak explain kat aq dlm French, so aq sepatah haram pun x faham laaa. Tapi nak berlagak punya pasal, aq ngangguk kepala konon2 aq paham ler. Mujur dia ada angkat tangan menunjuk ke satu arah, so aq wat kesimpulan yg hotel tu arah tu ler... Lepas aq ucap "Mercie" kat dia, aq pun bergerak menuju ke arah yg d tunjukkan.

Jalan punya jalan smpai kat jalan mati. Rupe hotel tu haram pun x nampak. Letih gak aq kalau camni. Ada sorang mamat ni tgh lalu kat situ, trus aq tahan dia tanya location hotel. Nampaknya macam pisang berbuah berkali kali, sepatah haram aq x paham cakap mamat ni. Mujurlah dia macam dpt detect aq x paham cakap dia. So dia tunjuk kat satu kete ni, soh cari hotel yg sama kaler ngan kete tu. Again, after aq cakap "Mercie", aq mencuba nasib aq skali lagi.

pandang punya pandang, cari punya cari, rupa rupanya hotel tu ada kat depan mata. Cuma aq berada d bahagian belakang hotel, so mana nak ada signage, betul tak. Tapi perjalanan aq tadi berbaloi jugak la bile aq check-in, aq d britau, bilik aq d upgradekan ke suite..... YooHoo!!! sukenya aq.

So pas aq masuk bilik, and settle down sikit, apa lagi trus arrr aq g ronda2 kota Paris. nak g snap2 pic ler.
Tapi yg best tu, anak melayu ni nak berlagak pulak. Orang2 French pun berbungkus bungkus bile kat luar, aq cuma pkai baju T-shirt satu ngan vest nipis and jacket. Kan aq dah cakap, nak berlagak. hehehehehe



Ni kat blakang Eiffel Tower.....
I loike this scenery...

Hahahahahaha
Mamat ni try nak jual kat aq painting yg dia claim dia lukis
Mujur aku x terpedaya
Mmg dasar penipu
dahler mahal
Last2 aku jmpe painting yg sama kat kedai2 area tu
wayyyyyy cheaper
 

Kisah Lalu Berlabuh D Hati ..... Kenangan Mengusik Jiwa

Kalau dlm posting KLBDH aq yg lalu mengisahkan aq mengimbau kembali saat2 pahit yg aq tempuhi, kini aq jugak perlu menceritakan apa yg sebaliknya berlaku. Dalam kehidupna ini, kita pasti melalui saat manis dan pahit d sepanjang perjalanan hidup kite. Tak akan ada seorang manusia d muka bumi ini yg tidak melalui nya. Cuma yg membezakan insan2 ini ialah cara mereka mengatasi segala rintangan yg melanda.

Dan juga kite perlu mengkaji dgn sedalam dalamnya punca dan sebab mengapakah ia terjadi sebegitu rupa. Adakah kita terlepas pandang atau kekadang tu amek things for granted. Mungkin iya dan mungkin tidak. Tiada sesiapa yg bole menjawab soalan itu melainkan diri kita sendiri. Why do I say that? Because, the only person that knows U is URSELF. Cuma kite saja yg tau kekuatan dan kelemahan diri kite. Orang d sekeliling hanya mampu memberi kata dua tapi deep down inside U know, hanya kite yg dpt membuat keputusan yg terbaek untuk diri kite.

Ada kala dunia kite kelihatan gelap; segelap gelap malam tanpa kehadiran cahaya bulan dan bintang. Jalan yg kite lalui macam tiada tembusan terus tapi cuma ada dinding yg menjadi pemisah untuk kite meneruskan perjalanan ini. Ketelusan minda yg tiada, akibat kekusutan yg melanda. Kawalan emosi yg tiada penghujung nya. Keperitan dan kesakitan d hati bagai tiada penawarnya.

Kelam ! Kelam ! Kelam !

Adakah esok masih ada mentari yg menyinar hidupku? Atau akan senantiasa d selubungi dek awan mendung yg pilu. Tiada angin sepoi sepoi bahasa yg bertiup menghinggap d pipi. Tiada seri d sebalik wajah yg membawa seribu pertanyaan yg tiada jawapannya.

Namun pengalaman akan mengajar kita, yg ini semua adalah dugaan dari yg maha Esa. Menguji kesabaran dan ketabahan hati setiap umat Nya. Atau sekadar mengingati agar kita jangan terlampau hanyut; hanyut d bawa arus membawa kita ke jalan yg boleh menggelapkan seluruh sistem sanubari kita.

Dalam aq tetibe teringat akan kisah pahit yg melanda; d mana istana yg d bina telah hancus berkecai. Tapi aq juga harus mengingati saat2 manis ketika aq mula berjinak jinak dgn apa yg kita panggil CINTA. Aq tidak pernah introduce siapakah seseorang yg pernah bertahta d hati aq ini tapi cuma sekadar identify dia dlm KLBDH ini sebagai si dia.

D sebabkan perjanjian yg telat termertai semasa proses perpisahan kami dulu, aq tidak bole sekali kali identify si dia d mana2. Tapi d sebabkan peristiwa ini telah lama berlalu dan si dia juga ada membaca KLBDH ini, so aq akan introducekan pada korang siapa si dia ini.

Si dia yang aq maksudkan ni aq akan gelar dia sebagai Zr sahaja. Itupun setelah Zr sendiri bersetuju untuk aq bercerite selanjutnya, cuma yg d pinta Zr agar aq berlaku adil d atas segala apa yg aq bakal huraikan tanpa mengaibkan mana2 pihak. Itu aq setuju. Oleh kerana gambaran yg aq lakarkan pada posting sebelum ini sebagai aq bagaikan malaikat (saint) and Zr sebagai d devil. Of course d devil Wears Prada k.....
So, sebagai justifikasi, aq akan cuba sedaya upaya untuk menulis yg terbaek d mana tiada sebelah pihak akan d tuding jari sebagai penyebabnya.

Walaupun kami membawa haluan sendiri, namun Zr akan sentiasa mempunyai a special place in my heart, sehingga pada hari aku d jemput kembali oleh Pencipta aq. Zr bukanlah my first love but we fell in love by accident; d satukan oleh keadaan. Belum lagi aq bertemu d mana seseorang itu begitu memahami hati naluri aq. setiap ayat yg aq ungkapkan dapat d habiskan oleh Zr, walaupun tidak pernah d bincang perkara yg terbentang. Begitu lah keserasian yg telah terjalin d antara kami berdua, namun jodoh kami tidak lama. Mungkin telah tersurat dan tertulis d mana kami hanya bole menjadi sahabat setia tapi tidak melayari bahtera bersama.

Walaupun ikatan yg pernah terbina d kuatkan dgn kehadiran putera idaman, Isz. Namun ia tidak cukup kuat untuk kami menepis segala dugaan yg melanda. Betul jugak kata orang2 tua, perkahwinan itu memerlukan pengorbanan, saling faham memahami, dan jugak respect d antara satu sama lain. Juga perlu memberi ruang untuk pasangan kita bernafas dan yg paling penting sekali ialah TRUST antara satu sama laen. Syaitan akan selalu mendampingi kita agar bersikap curiga mencurigai. Hasutan yg d sembur bagai bermaharajalela d hati. Dan kite selalu jadi lupa dan membiarkan syaitan itu menguasai hati hingga hilang pertimbangan dan kewarasan kite. Dan d tambah dgn kerohanian yg nipis; senipis rambut yg gugur ke bumi, maka berpesta lah syaitan dalam menegjar cita citanya menghapuskan kebaikan diri ini.

Balik pada Zr, tak akan aq lupa segala kenangan manis aq bersamamu walaupun kepahitan yg kita lalui bersama masih menghantui diri ini. Aq harap agar kita dpt menempuh sisa sisa kehidupan kite demi kebahgiaan putera and puteri2 kita.

Monday, March 28, 2011

Imbasan Kembali ... March 2009 ... City of Love ... PARIS ...series 1

Dalam bnyk2 city yg aq sempat travel until now, I guess PARIS will b my feveret. Why? Well, d city is so pretty. Masa aq g Paris, d weather is nak kata sejuk, memang, tapi x ler seteruk London time tu. It's the beginning of spring, so dalam sejuk2 tu still bole survive ler kire for someone dtg dri negara tropika.

Trip ni kire aq nasib baek, aq jumpe ngan member aq sorang ni yg kebetulan pun tgh vacation kat Paris. Since dah dua2 pun x der partner, so we decided to hang out together gether. Kire ok ler tu, kalau tak sape yg nak snap snap pic aq lak. Rugi besar kalau aq x amek kesempatan ni.

Ini trip kedua aq ke Paris. 1st time dulu masa aq kat University kat Amerika. Masa tu aq dpt durian runtuh. Dpt duit insuran accident. Itu cerite posting laen, ni cerite imbasan Paris aq k.

Ni masa baru smpai Paris.
otw g hotel nek train
dlm train ada org men muzik
kesian punye psal, aq kasik la sumbangan sikit
ond of course snap snap



Ni kat replica Lady Liberty
 
nampak tak bunga2 yg baru nak berkembang...
sempoi abis....
CANTIK siot
model tu k, bukan bunga ..... hehehehehe
 
Fuyooo !!!! asap kuar kat hidung.....



Eiffel Tower is a WAJIB thing
in Paris.....

Jiwang Karat Masih Ada ..... episod 11

Lama jugak aq x bersiaran ngan cerita Jiwang Karat aq ni. Bukannya apa, tetibe lak terbz sokmo. Lagipun, sminggu aq x der, g beriadah d bumi Bari nun jauh d sana...

Kalau korang ingat, last skali aq tulis dlm episod lepas ialah ........ Jeng Jeng Jeng

Sedang kami berjalan menuju masuk ke Line Clear, tetibe langkah aq terhenti. Tergamam aq.

Nak tau apasal? ikuti ler cerite selanjutnye ini........

"Laaaa, apsal lak dorang pun kat sini? Dlm bnyk2 tempat kat Tanjung ni, kat sini jugak dorang ada." kata hati aq bile aq terpandang ke arah sepasang couple menikmati nasik kandaq d depan mata aq. Itu aq x kesah coz smua orang akan dinner tapi yg wat aq tergamam ni bile aq lihat tangan GG sedang meramas ramas jari Har. Yg Har... pulak x ngelak pun. Macam, syok jer aq nampak.

Darah aq dah start mula naek upstairs ni. Ni x bole jadik. Aq kene wat sesuatu. Aq masih tercegat kat entrance Line Clear tu. Tetibe, sedang fikiran aq yg masih bercelaru cuba mengapai realiti terhadap apa yg berlaku, ada satu bende yg menepuk bahu aq ngan kuat dari belakang hingga membuat aq tersedar dari lamunan. "Sakit la jebon!!!" kata aq ngan kuat sehingga semua orang d sekeliling memandang ke arah aq.

Aq jadik tersenyum bodoh sambil menunjukkan penumbuk ke arah Yazid. Yazid cam bisae arrr, gelak sakan. Lagi ler aq bengang. Neway, tetibe terdengar suara Harr... memanggil aq. Aq trus menoleh dan d saat itu aq dapat melihat wajah seseorang yg aq amat minati tersenyum manis ke arah aq.

"Hang pun ada sini ka?" kata Harr... "Awat x habaq tadi. bole ajak hang join skali" sambung Harr... lagik.

"Dia mana mau ikut kita" tetibe GG ngan cepat mencelah. "Dia kan makan kat restoran mahal jer" kata GG lagik.

GG ni apahal lak. nak memandai mandai britau Harr... kat mana aq suka makan. Dia ni sapa? Aq pun dah lama dok taram mamat sekor ni. Kang ada yg makan kasut jap lagik ni. Har%@ jadahnye GG, pandai2 jer dia nak promote kat mana aq suka makan. Kalau betul skali pun, bukannya aq amek duit mak bapak dia. memang haram betul laaa.....

Dalam keadaan hanging yg teramat sngat tu and darah yg hampir ke boiling point, aq ngan berat hati and senyum kambing aq yg menawan, "Eh mana ada GG. Aku mana ada makan kat restoran mahal2. Kalau company belanja tu ok laaa. Aku kat gerai2 camni pun kira sedap dah. Ko ni kan GG, memang babi kan." kata aq selamba kat GG. Merah padam muka dia. Mmg padan pun. Harr... aq lihat tersenyum simpul.

Mak ai, makin manis lak wajah Harr... time tu kalau d ikutkan hati mau aq muah muah jer kat pipi dia yg putih melepak tu. Ni kalau iman x kuat, mau aq gigit2 si Harr... ni. Mujur iman aq masih kuat. Aq pendam jer hasrat aq itu. Aq senyum kembali kat Harr...

Mujur gak ada Harr... ni, kalau tak, dah mmg sah aq ganyang muka GG tu, aq pijak2 smpai mampus. Adake patut dia dok ramas tangan Harr... sebelum aq..... hehehehehehehehe

Aq trus mintak diri kerana yg laen dok tunggu aq.  Bila aq smpai kat meja, alangkah aq terkejut bila aq tgk Mie, dan ngan Yazid dah hampir abis ngan dinner dorang. Kurang asam jawa betul laaa. X tunggu member langsung. "Wei ! hangpa dah nak abih ka?" tanya aq ngan nada yg tinggi sikit.

"Abih tu, hang nak soh kami kebuloq ka masa hang dok merenyeh kat ehem ehem ehem tadi" trus Mie bersuara sambil membuat mulut muncung seolah olah menunjuk ke arah meja Harr... ngan GG. "Jumpa marka kalau, langsung lupa dunia; member ke mana... makan ke mana... apa pun dah x ingat." Mie berletiaq lagik.

"Aku stuju !!!!!" Yazid ngan Dan mencelah. "P laaa amek makanan tu, satg hang lapaq lak." Yazid menyuruh aq g jumpe mamak hensem yg dok buboh nasik tu.

"Hangpa tunggu tau. Sat ni aq mai balik. Tok sah dok makan laju2. Slow2 laaa sikit" kata aq sambil tersenyum kat mereka bertiga.

Smpai ja kat tempat ngambik nasi, ada line laaa pulak. Ni dah x clear. Tapi kerna sabaq punya pasai, aq beratuq la jugak. Nak smpai giliran aq, sesuatu x terduga telah berlaku......

Apa dia? cer citer cer citer.....

Aq citer next episod laaaa......

..... bersambung ......

..... Dalam Botol ....... worst movie ever ????

Smalam aq sajer jer lepak2 kat umah. Al-maklumler mode : LAZYYYYYY. Ingat nak abiskan assignment yg berlambak lambak tu tapi ntah nape lak, aq dpt mental block. (AGAIN !). Yes again. Tanda2 migrane nak singgah kat pala aq pun dah makin kencang. sebelum dia nyut nyut bagai nak giler, baek aq g rilex jap. So aq ajak ler member aq sorang ni g tgk wayang.

Discuss punye discuss, member aq ajak g tgk ...... Dalam Botol. Aq cam skeptical sikit tapi bile baca preview dia, katanya ada kelainan dari segi penceritaan movie ni. So aq pun stuju arrr. D sebabkan ari Ahad, so aq lak malas nak beratur panjang, so aq suggest ler kat member aq tu kitorang g tgk kat MBO, Galaxy Ampang. Kat situ yg bestnye, org x ramai. Yg x best nye pulak, teater hall dia mmg run down giler; management x maintain pun. Aq x kesah sngt selagi kat krusi dia x der pijat kire ok ler tu.

Kami smpai kul 5:05 pm, and movie start 5:15 pm. And guess what? Mmg x der line langsung. Bile nak beli tiket, siap bole pilih tempat duduk kat blakang lagik. Ni dah kire baek punye. So, pas dah masuk panggung, mule lah cerite yg d canangkan ada kelainan ni.

Memang betul pun ada kelainan abis. Aq cam x percaya cerite camni bole masuk panggung. Korang nak tau nape? Boringnye cerite ni tahap gaban !!!!!! Dah ler music score x der, pastu editing cerite pun x hapa hapa. 5 minits into d movie, aq dah dok asek tgk jam, bile nak abis. Nak kuar panggung rugi ler pulak. Dah bayar 10 hengget. Membazir. Nak x nak, dok ajer ler menikmati cerite bengong ni....

Aq ni mmg peminat cerite Melayu. Cuba korang bayangkan kalau aq tgk cerite Menanti Hari Esok smpai 6 kali, tapi this movie is beyond boring, beyond no quality and beyond segala galanya. Smpai aq terkedu seribu bahasa. Half way d movie, aq siap bole teringat nak g hisap rokok, so aq pun trus kuar panggung jap.
Lama gak aq kat luar tu, g hisap rokok, g toilet and pastu baru aq masuk balik ngan harapan scene tadi tu dah abis.

Alangkah aq terkejut, scene yg sama masih on..... mak ai, dorang ni cakap slow2 ke ape? so kirenye aq x terlepas ape2 ler... Seksanye nak dok smpai abis ni..... Yg best nye, ending cerite ni cam tergantung lak....
jeng jeng jeng....... akan ada sekuel ke? Oh no! I hope not. It's already dreading to go thus this first one, apatah lagi nak wat sekuel.... hahahahahaha

Neway, this is just my view. Somebody else might love this movie. (mesti orang tu x berperasaan). So, for those yg teringin nak tonton ...... Dalam Botol, my recommendation, dont't torture urself. Amek duit tu g makan satay lagi bagus......

Grazie for your time and Ciao !!!!!

Friday, March 25, 2011

Jejak Bertapak 2011 ..... Bari / Rome ..... series 3

This is my last entry for my Bari City / Rome trip. Nak posting banyak2 pun x guna gak coz I was only there for 2 days; a very long 2 days I might add. 1st day smpai, kene present paper at the local conference. Pastu malamnya dah kene g dinner (yang 4.5 jam tu.... see series 2 posting) and by d 2nd day kene wat audit.

Mujur audit dia x amek whole day, so ada ler gak masa nak jalan2 kat Bari town tu before it got dark. As any other European cities, bangunan dorang ni mmg antic2 blaka. Aq sempat ler snap snap beberapa building yg pada aq quite significant. Kat Bari ni bnyk giler theater. Orang2 kat cni kan jenis relax terlebih sudah. One good thing is that they seem to b a cultured society or community.

Overall, my Bari trip is quite pleasant. How aq wish aq brought with me more cash, baru betul kata dtg Italy.... Neway there will always b another, insyallah.

Ni kebab chicken
kat Turkish shop...
claimed to be Halal.
not bad just a bit dry.

Ni lak one of the many coffee bars in Bari.
Italian love to stop by these bars to have coffee
D culture is a bit different
U don't sit and enjoy d coffee
instead U just stand as if U ar at a bar and enjoy ur sip of coffee

This is one of the famous theater in Bari.
located on the main boulevard


Ni lak tugu Niccolo Piccinni
one of the famous poet from Bari

Ni lak scenery from the balcony frm my hotel
typical atmosphere of a night life
in Bari
 
Ni signage wajib aq snap snap
walau kat mana aq pg pun.
hehehehehe....
 
rainbow ni lak aq terserempak masa aq nak boarding
balik. Mmg cantik siot....
My last hour in Bari
 
Bye Bye Bari......
See U again.....
A presto



Sedekad Bersama Dunia Mu ..... Carrefour .....

Aq skrung bz ler sikit, so jarang2 ar aq posting article. Ni aq ada satu cerita mengenai salah satu journey aq. Company aq keje lama..... hampir se dekad.... (to be exact 9.5 months). Lama tuuuuu, for aq mengabdikan did aq kepada sesuatu organisasi. Sebab aq lama sngt ialah ........... ntah aq pun x sure. Nak kata enjoy keje, asyik stress memanjang. Nak kata sebab kawan2, tapi kawan2 datang and pergi. Aq pun x sure tapi apa yg telah termaktub, aq bekerja di organisasi ni nak hampir se dekad.

Macam2 aq nak cerita ni..... tapi sebagai preview, meh aq cerite wat ringkasannya dulu. Firts masa aq nak join organisasi ni, macam2 janji yg d taburkan kat aq. Kire yg manis2 belaka ler... Masa aq dpt appointment letter pun, pihak organisasi x ada memberithu aq ke department mana akan aq d tugaskan. Aq lak yg jenis x brpe kisah, so aq pun terima tawaran tu.

Masa 1st day aq lapor diri, aq d suruh datang ke outlet organisasi in d Subang Jaya. So bila smpai kat reception counter, aq d beritau yg bakal bos aq belum smpai and he will b late. No good kan for someone who is reporting for duty. Neway, since dia belum smapai, aq pun tunggu ar kat waiting area tu.

Sedang aq duduk menunggu, tetibe datang seorang mamat ni and trus introducekan diri dia sebagai Hamin. Dia seorang MT (Management Trainee) incharge of the outlet food court. Ramah jugak mamat ni. So aq pun layan arrr. Yg buat aq terkejut bile si Hamin ni tetibe tanya aq, "Gaji ko brpe ea? Mesti besar kan?" Eheh
apa hal lak mamat ni, aq x kenal pun ko and baru jer jmpe dah sibuk tanya gaji aq. Nape lak? Ko nak baya gaji aq ke? aq berkata dalam hati.

"Ah ! x kisah ler kalau ko x nak britau." sambung si Hamin ni lagi. "Ko akan jadi bos aku kan?" Hamin ni bertanya lagik. Kalau nak d ikutkan hati ni, mau aq lepuk budak Hamin ni. baru kenal nak lebih2 pulak. Dalam keadaan tergamam tu, aq jawab ringkas, "Gaji kan kene rahsia. Kang kalau aku britau ko, jeles pulak. Nak jadi bos ko, ntah coz aku kat department mana pun aku x tau." aq cuba menjawab secara sarcastic.

Tu ler pengalaman aq hari pertama..... eheheh jap, bukan hari pertama tapi jam pertama aq kat organisasi yg terkenal ini; iaitu retailer kedua terbesar d dunia dan yg pertama d Malaysia. Organisasi yg aq maksudkan ialah

CARREFOUR




Wednesday, March 23, 2011

Jejak Betapak 2011 ..... Bari / Rome ..... series 2

Aq kat Bari x lama, tapi mak ai nak g sana, seksa abis. Kalau sape2 yg sakit pinggang tu, d nasihatkan jgn amek flight trus, singgah2 ler dua tiga hari kat mana2.... Flight aq dr KL ke Bari total 25 jam, transit 2 kali; once kat Dubai and second kat Rome. Tak lama, cuma 3 jam each, so x leh sngt nak p mana2, cuma sempat singgah g settle ape2 yg patut.

On d 2nd nite, aq d jemput ke majlis makan malam dgn reporter2 frm Rome. Location dia amat menarik; kat Toranto, about 2 hours drive frm Bari. Dinner tu kat one of d resort in d middle of olive orchard. Yes, U guyz heard me correct, in d middle of an olive orchard. In other words, in d middle of nowhere laaa. Hehehe.

By d time smpai, dah gelap but d weadar very nice one.Walaupun mata dah bengkak giler dek kerna jet lag, tapi aq gagahkan jugak. Dinner supposed to start at 8 pm tapi dah kul 10:30 pm, x start lagik. Perut aq dah nak mula keroncong.Since kite kat tmpat orang, so kene ikut rentak dorang ler.

Menu mengatakan ada appertizer, main course 1, main course 2 and desert. So kalau kat KL, kire cam biase2 jer ler... Finally food pun dah start kuar, tapi appertizer jer. Dah selesai appertizer, mamat and minah Italian ni sembang2 pulak. Selang lagi setengah jam baru kuar main course 1. Nak telan makanan tu x lama tapi nak tunggu next course lama giler. Last2, d whole duration of d dinner amek masa 4.5 jam. Ni kire satu culture shock ler wat aq. Dah ler 2nd main course dia...... jeng jeng jeng........ (ar U guyz ready).................

!
!
!
!
!
!
!
!

dorang serve d one meat yg aq x makan; GRILLED LAMB CHOP....... alangkah hampa nya aq coz aq mmg lapo giler. Aq x brani ler makan takut kene migrane. Masa desert smpai, aq pulun abis. Dahler time ni aq dah ngantok coz body aq still follow Malaysian time, and time tu kat M'sia dah pukul 4 pagi...... Cube korang imagine..... By d time aq smpai hotel, body aq dah give up langsung; penat campur lapo campur ngantok smua campur skali.


Ni pokok olive
yg dah d cantas ala2 pokok bonsai
umo pokok ni dah 120 taun
 
Ni dia mansion tu.
main dining room dia kat cni



This is the place where dinner is served.
Ni masing2 dok tunggu appertizer

 Ni ler cottage bilik2 kat resort tuuuu 

Tuesday, March 22, 2011

5 Reasons I am a GREAT brother

Hahahahahaha....... Memang perasan abis ler aq ni.....
BUT it's TRUE BLUE......

The 5 reasons I am a great brother......

5. 'Cuz I would've made a really ugly sister..... hehehehe

4. Having me around always made U guyz seem smarter.....Hmm....

3. I am a convenient prank victim and fun to squeal on....Aiyoo...

2. No matter how sad U guyz were, one look at me and U'd guyz laugh so hard, U guyz bust a gut.....Cis!

And the # 1 reason is..... (drum roll plez....)

I always had a great sense of humor !!!!! Hell YES

Monday, March 21, 2011

Chom Bee, cheq rindu kaa? ..... episod 4

Lama gak aq x dengaq cerita psai Chom Bee ni. Dia sihat ka? Senyap aja. So pada suatu hari (eceh eceh), macam dlam drama la pulak, sedang aq tersekat dlm jam aghi Jumaat time balik keja, aq pun calling2 la si Chom Bee ni. Nak hilangkan boring la katakan. As usual dia x jawab. Memang camni slalu. Satg aq kata dia pekak, dia maghah, so aq try lagi skali.... Confirm dia ni pekak.  Ka dia pkai baju longgaq, x bole rasa vibration handpon.

So aq pun rilex la sambil melayan lagu Shahir (of course); lagu feverete aq, sambil nyanyi skali konon nya suara aq ni sesedap suara penyanyi pujaan aq tu la. Volume sah sah aq letak kat 30, kalau tak, x rasa bass dia, so x best. Ni kalau orang kat luaq panggei aq, mmg aq wat x tau coz....... aq x dengaq..... hahahaha.

Sambei aq terkinja kinja dlm keta smpai org keta sebelah pandang serong ja, aq terperasan lampu tepon aq menyala. Chom Bee return call..... trus aq jadik excited.

"Walaikumsalam. Apa habaq cheq?" aq menjawab ngan penuh tertib. Sopan ler katakan. Tak tau hati aq punya la hangin bila dia x jawab tadi. "Dok tang mana ni?" tanya aq lagi.

"Cheq dok ada tang ofis lagi ni. Sat lagi nak p amek anak kat sekolah. Mamu sihat ka?" tanya Chom Bee dengan nada suara yg amat menawan.

"Cit ! Adakah patut panggei I mamu? Bukannya tua pun, cuma tua sikit ja dri Chom Bee tau." jawab aq kembali ngan nada suara yg agak tinggi sikit. (psai dia panggei aq mamu laaa). And of course, selagi aq x mencecah umoq 50, kira muda laa tu.... perut pun x buncit (adalah sikit kot), rambut pun nipih ja (x botak lagik), kulit pun tegang lagi (tegang ka? Hmmmm....).

"Alaaaa mamu ni, cheq melawak saja aih. Takkan nak maghah kot?" balas Chom Bee ngan manja.....

Ni laaa yg wat aq x tahan ngan Chom Bee, kalau dia cakap dlm tepon, bukan maen manja, luruh smua iman d dada. Kalau dah jumpa, dok asek gelak sakan smpai x ingat dunia. Tapi nak kata apa, inikan Chom Bee aq.

"Ni Chom Bee, brapa kali nak habaq, tok sah dok panggei mamu, panggei la abg ka, nana ka, baghu syok nak sembang." aq trus nak menepis ungkapan mamu itu.

"Cheq ghasa x selesa la nak panggei abg ka nana, psai satg takut orang laen dengaq, depa dok berkata kata." Chom Bee dok justify.

"Awat ngan cheq ni? Yang dok ghisau orang laen sembang psai apa. depa dok bayaq gaji Chom Bee ka smpai dok ghisau cam tu skali. Biaq p kat depa, ni kita kita saja cukup laaa" kata aq.

Aq sambung lagik cuba mengayat, " Ni awat cheq lama x call orang KL? Tau laa ada orang laen kat sini jugak, tapikan kat yang ni x rindu ka?"

"Hish U ni, rindu la jugak, kalau x rindu takkan Chom Bee nak call balik. Kannnnnnn" jawab Chom Bee ku.

"So, apa cerita? Keja ok ka? Ehem ehem sihat? Laki ngan anak U pun sihat ka?" tanya aq lagik.

"Semua Alhamdullillah sihat, cuma I ngan laki I ni agak kureng sikit la lately. Kami macam x bole jumpa muka, asyik nak bertengkaq jaaa. I pun apa lagik, merajuk la. U nak tau, bukan laki I tu nak pujuk, tapi dia truih balik p umah mak dia, tinggai I sorang2 kat umah ni. Abih anak2 dia angkut skali. Mana patut, betoi kan" Chom Bee cuba mencari simpati ngan aq.

"Kot kot U tersalah cakap ngan dia kot. Cuba ingat balik, mesti ada sebabnya dia wat camtu. Ka, dia dapat tau U dok *teeeeeeeet* kat KL ni. Pikiaq lama lama, ingat balik" aq cuba mententeramkan emosi Chom Bee. Time aq dah dapat rasakan dah dari suara Chom Bee, dia dok cuba tahan perasaan. Silap aghibulan, mesti paip ayaq bocoq, satg mula laaa... Ni susah kalau terjadi, aq ni lak bukan pandai nak pujuk pujuk ni.

"U ni kan mulut chapoi sngt naaa.... Yg tau I dok "teeeeeeet* kat KL ni 3 orang saja. I don't think sapa2 pun p gatai crita kat laki I tu." Chom Bee ngan pantas melazerkan aq.

"Ramai jugak la yg tau U dok ehem ehem kat KL. U dok p broadcast ka. Ni, kalau nak wat benda x baek, wat diam2 jaa... x payah dok crita satu kampung. Tu yang dok perang dingin tu."  Aq mencelah.

"Ni yg I nyampah cakap ngan org yg bnyk falsampah. Ye la Ye la, I ni la yg jahat...." ujar Chom Bee seolah merajuk.

Alamak, aq tersalh tekan butang ler, tertekan butang sensitip. so aq lekas lekas mintak diri.

"U, I 've got to go laaa.... Polis kat depan ni, kang x pasal2 kena 300 hengget. Nanti bila senang, kita sambung naaa cheq ooii. Tok sah la dok bersedih hati.... Kan sabar itu separuh dari iman. Salam" aq cepat2 memetikan perbualan.

"Memang dah agak U akan wat camni. Tak per laa. I'll talk to U later. Salam" reply Chom Bee ngan nada merajuk nya itu.

"Jgnlah maghah cheq ooi.... satg kedut tu smua kluaq abih. hehehehehehe. Bye."

Jason Mraz - "I'm Yours" LIVE (Official RMTV Acoustic) Rare Early Perfor...

Jejak Bertapak 2011 ..... Bari / Rome

Boun Giorno mia amicos.

Come sta?

Lama aq x update blog. maklumler aq kan g merantau jap. Aq g Bari, Italy. Originally aq supposed to go to Milan but changed at the last minute Bari. Organisasi yg aq visit tu ada 2 opis; HQ d Bari and branch d Milan. Neway, coz dorang yg bayar sepenuhnye, so aq kire ok ajer...

Aq g x lama, 2 hari jer tapi journey dia, ya Allah ya Tuhan ku, panjang giler. Masa fly g sana, it took 25 hours with 2 transits in Dubai and Rome. Masa balik pun ekcelli sama gak cuma aq dpt lepak kat Rome 6.5 jam and kat Dubai 4 jam. Saja jer kan soh aq perabih kan duit aq. hehehehehe

Temperature kat Bari ni mmg GREAT !!! Walaupun at 17 C during d day and 11 C at nite, still, mmg very comfy sngt. Tapi ada time dia very windy; windy sngt2 smpai aq kene pegang tiang lampu, takut terbang ke Mediterranean Sea dek angin yg kencang tuuu.

Yg x bestnye, aq sorang, so x dpt ler aq snap2 bnyk (with me in d pics laaa). But pic scenery bnyk ler gak yg aq snap2.


This is the scenery frm d plane
in Northern Rome
 

Very Mediterranean..... bnyk palm trees
yg kat sebelah kiri tu olive trees...





Ni kat waterfront dia.
atas sikit dia punye marina bay



Ni lak one of d many theaters in Bari.
Org2 kat sini very cultured


Sunday, March 13, 2011

Istanbul ..... Imbasanku 2009 ..... series 2

Moh aq sambung cerite aq kat Istanbul. Aq ke Istanbul kerna nak attend conference yg d anjurkan oleh satu badan NGO d Turkey. Kire excited jugak ler aq nak ke sana. Org2 Turkey ni peramah belaka, cuma yg slack nye, dorang x cakap orang putih. So nak cakap tu kire susah sikit.

Neway, pihak penganjur ni kire macam ragging abis smua yg d jemput. Dorang atur acara FULL satu hari. Cuba korang imagine, selama 5 hari, aktiviti yg d atur start jam 8 am and akan tamat lebih kurang 12 tengah malam. By d time smpai bilik hotel, mmg dah lunyai satu bdn. Walaupun penat, tapi kene strong, coz bukan selalu dpt dtg Istanbul ni. Ada gak ler aq skip program dorang kata aq penat sngt, tapi..... hehehehehehe.... aq g round2 kat area bandar Istanbul ni sambil ber snap snap.

Hotel yg aq duduk tu mmg sempoi. Breakfast dia served kat rooftop. And menambahkan lagi scenery tu bila Masjid Biru @ Blue Mosque tu mengadap betul2 ngan hotel. Mmg cantik skali.

Selain dr tu, aq try melawat "hamam" yg famous d Istanbul tu. Mmg menarik skali. Experience dia pun unik skali. Tapi at least aq dah biase try pg kire okay ler....

Masa ari last aq kat sana, aq dah kehabisan duit Lira Turkey. So aq nak tukar arr ngan USD yg aq ada. Kuar jer dari hotel, adalak anjing kat depan pintu. Korang nak tau tak, anjing tu dah nak sama tinggi ngan aq, kire kalau dalam gelap mesti ingat pony punye..... Dah ler bulu lebat merata rata.... ngan lidah terjelir kuar sambil menitiskan airnye... Mana lak aq nak carik selut nak samak kang. Kat Turkey, dorang kata, cuci cam biase jer dah memadai... Hmmm.....

Mujur ada satu staff kat front opis tu tolong aq. Bukan stakat tu, dia bawak aq trus ke money changer, takut aq tersesat. Dah ler tu, otw balik ke hotel, dia sipa promote "Baklava" kat kedai kawan dia. Aq nak nolak kata aq x der duit x leh coz aq baru jer tukar duit, so aq pun beli ler 2 dozen nak bawak balik Malaysia. Org2 kat opis aq lak mmg suke ngan Baklava tu. Aq x brpe sngt coz it's too sweet....

Tapi saat yg paling best wat aq bile last day tu, aq g lepak ngan member aq kat satu kawasan santai ni. Terletak atas bukit tapi yg menarik perhatioan aq ialah, dia wat kat sebelah kawasan kubur. IYA ! kubur. Member aq kata, tmpt tu paling ramai tourist and local jugak. Doarng ni lepak bukan minum alcohol nye tapi minum teh (Kat Turkey ia d panggil "CHAI").

Masa lepak2 minum Chai tu, ada 2 aweks kat meja sebelah tegur kitorang. hehehehehe. Aq masa tu dok blajar ler dua tiga patah perkataan Turkish. Saje jer... Macam nak guna... So bile dia org dengar aq cakap Turkish, dorang gelak2.... sindir aq ler tu... Bile aq kata aq frm Malaysia, trus dorang excited, cam mmg best sngat cerite dorang dengar psal Malaysia, ntah2 Malaysia katner pun x tau. Bukan bole percaya sngt dorang ni.... Salah sorang aweks tu mmg x tau satu patah haram pun English. Yg sorang lagi tu ok jer, coz dia biase dok London. Neway, sembang punye sembang smpai malam. Aq pun ape lagik, bercerite panjang ler aq...
Kalau aq temberang pun bukannye dorang tau...

Esok pagi tu aq kata aq nak g Souk kat central Istanbul; nak g beli and belah. Aweks yg tau cakap orang putih tu volunteer nak bwk aq kat sana. Dia kata kalau foreigner g sana, sah2 kene sembelih. Aq pun ok ajer. Ada gak member nak teman aq jalan2. X banyak yg aq shopping pun coz duit dah abis, hehehehe.
Neway, Thanks Seville for spending time with me. U're such an awesome gurl. Sebelum berpisah, kitorang g lepak kat kedai2 tepi jalan hisap sisha.... trus aq pun HAHAHAHA !!!!!


Ni aq ngan Brader Usop dr Germany

Ni aq ngan Dr. Habib (USA) ngan Brader Ali (Turkey)

Ni masa aq tgh jawab soalan masa Q&A

Yg kat blakang tu Masjid Al-Soffiyah
Dulu masjid, skung dah jadik museum

Blue Mosque sebagai background setting


Aq d Central Souk

Ni ler aweks yg temankan aq shopping.....

Kat Main Street Sultanahmet....


Aq ngan Serville.... ber S H I S H A....
 All in all, nice experience aq kat Istanbul ni. Kalau ada peluang, mmg aku nak dtg lagik sini... BEST !!!!