Showing posts with label Kisah Lalu. Show all posts
Showing posts with label Kisah Lalu. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

Kisah Lalu Berlabuh D Hati .... Perpisahan ....

Smalam aq lepak ngan sorang kawan aq ni. Dia luahkan ler perasaan bagaimana pasangan dia mintak putuskan perhubungan. Banyak jugak dia cerite and of course semuanya memihak to him.

I guess that would be normal as when one decide to part ways, we tend to forget the "good" and "decent" part of your ex-other half but instead concentrate all your energy on the "bad" and "nasty" side. We shouldn't do that. YES, we may disagree to the part of no return but deep down inside you know you still have feelings for your ex or soon-to-be-ex.

Woit, tetibe jer idea aq dtg dri Amerika. hehehehehe.

Neway, from my personal experience, YES, again, it hurts the hell out of you. Sometimes, by just mentioning the name can annoyed you to the max. Apa lagi kalau jumpe kat tepi jalan, mau rasanya nak langgar ngan steam roller, pastu gostan, and then langgar skali lagik. That is how bad things can get.

But by the end of the day, we need to move on, if we feel there is no more feelings between you and your other half, then proceed with your life ahead. Always look forward and only look backwards once in a while.

Mungkin ada hikmah d sebalik segala apa yg terjadi. Just think about it. Everything happens for a reason. maybe, you guys were together for the wrong reason; sort of like you are in a bad marriage lerr niii.

As a reminder to all my frens and to myself too, if you should have that feeling that you are no longer compatible, then just make the necessary decisions; whether to amend whatever's broken or just do a closure on the relationship and move on with your life. Either way, you should be happy and comfortable with whatever decision you have made.

It is painful but those who has to go through it will have to...... Fo those who are lucky, I salute U !!!



Tuesday, May 17, 2011

Kisah Lalu Berlabuh D Hati .... Hidup Perlu D Teruskan Jua

Kisah Lalu .........

Yg manis dan jugak yg pahit......

Dalam dunia ini, kite selalu menerima kurniaan dari yang maha Esa. Segala rahmat yg d taburkan kepada umatNya. Namun kekadang tu tak semua yg d lalui itu indah; bak kata Erra Fazira, "Yang Indah Hanya Sementara".

Bile aq kaji dan renung balik kepada kisah silam, aq dapati yg Allah tidak akan mengurniakan segala gala kepada kita, mungkin kerna kita sering kali terlupa akan kehebatan dan keagungan Allah yg satu.

Bagi diri aq pulak, rezeki yg d limpahi aq amat bersyukur sekali. Keluarga pun semua memahami. Career aq pun berada d landasan yg betul dan walaupun aq tidak bekerja d bidang yg aq pelajari d Uni dulu, tapi Alhamdullillah kerna dek usaha and doa, aq berjaya.

Tapi masih ada yg kurang dlm hidup aq. Penyeri yg mampu memahami diri aq ini. Kalau nak d ikutkan, Astana aq tu kire dah lengkap, yg missing cuma penyeri nye sahaja. Namun aq pasrah d sebalik segala yg telah terjadi. Aq x menyalahkan sesapa tapi diri aq ni kerna tidak bersungguh sungguh dlm pencarian aq.

Bermula ngan perceraian aq ngan Zr setelah istana yg d bina hancur berkecai. D susuli pulak ngan rangkaian kekasih kekasih hati yg tidak mampu aq bertahan ngan mereka. Baek yg dr Triang, mahupun yg dr Selama. Tu tak termasuk yg dr Kuala Krai. Yg dr Batu Pahat ni stakat ni kire bole tahan ler gak. Namun gitu kekadang ada jugak badai yg dtg melanda bak tsunami memecah pantai.

Tapi yg paling aq ingat d antara perpisahan perpisahn yg aq lalui ialah yg ngan Batu Pahat ni. (selain dr kisah perceraian aq ler). Mujur ler perpisahan yg berlaku dpt aq sambun semular. Aq ngan anak Haji R (nama sebenar tapi hanya boleh gunakan singkatan sahaje)berkenalan ngan secara x sengaja. Time tu dia wat layan x layan jer ngan aq. Tapi kerna terpesona ngan anak Haji R ni, aq pursue jugak ngan harapan hati dia akan tersangkut ngan aq. Puas jugak aq menerai tapi mmg susah. Jarak umo kitorang agak jauh; 16 tahun, jauh tuuuu.

Namun setelah beberape percubaan, aq rasa aq dapat tambatkan hati anak Haji R ni..... Biase ler kan, orang tgh mabuk bercinta, semuanya indah indah belaka. Segalanya manis. Hidup aq trus berubah bile aq jumpa anak Haji R ni. Setiap kali bile aq terime sms dr anak Haji R ni, muke aku kan bercahaya. Dunia ni bagai suatu syurga yg tiada sempadan.

Even anak anak buah aq d opis pun tegur ngape perangai aq yg dulu nye suke marah2 tapi berubah. Aq jarang2 marah tapi sekadar tegur memberi nasihat. Dan jugak senyuman x lekang dr bibir aq. Kire face aq ni senantiase "glowing" ibarat cahaya dr "candle in the stick" yg memancar sinaran menerangi keadaan suasana sekeliling.

Cam biase ler, panas yg aq ingat smpai ke petang tapi hujan d tengah hari. Bermula dgn anak Haji R ni terpaksa transfer ke selatan tanahair hingga ler tetibe suatu hari, anak Haji R membuat satu permintaan yg tanpa aq jangka.

Anak Haji R meminta agar dirinye d lepaskan. Aq tergamam seketika. Kelu lidah aq tanpa kata kata. Trus pala otak aq jadi serabut. Bile aq minta penjelasan, aq d beritau yg kami tidak lagi sehaluan. Bukan sekadar jarak fizikal kami jauh namun hati masing2 pun begitu jua.

Aq tidak dpt berbuat apa apa, cuma sekadar mengiyakan permintaan anak Haji R. Dgn berat hati aq relakan kepermegian dia walaupun hati ini berat melakukan nya..........

Wednesday, March 30, 2011

Kisah Lalu Berlabuh D Hati ..... Kenangan Mengusik Jiwa

Kalau dlm posting KLBDH aq yg lalu mengisahkan aq mengimbau kembali saat2 pahit yg aq tempuhi, kini aq jugak perlu menceritakan apa yg sebaliknya berlaku. Dalam kehidupna ini, kita pasti melalui saat manis dan pahit d sepanjang perjalanan hidup kite. Tak akan ada seorang manusia d muka bumi ini yg tidak melalui nya. Cuma yg membezakan insan2 ini ialah cara mereka mengatasi segala rintangan yg melanda.

Dan juga kite perlu mengkaji dgn sedalam dalamnya punca dan sebab mengapakah ia terjadi sebegitu rupa. Adakah kita terlepas pandang atau kekadang tu amek things for granted. Mungkin iya dan mungkin tidak. Tiada sesiapa yg bole menjawab soalan itu melainkan diri kita sendiri. Why do I say that? Because, the only person that knows U is URSELF. Cuma kite saja yg tau kekuatan dan kelemahan diri kite. Orang d sekeliling hanya mampu memberi kata dua tapi deep down inside U know, hanya kite yg dpt membuat keputusan yg terbaek untuk diri kite.

Ada kala dunia kite kelihatan gelap; segelap gelap malam tanpa kehadiran cahaya bulan dan bintang. Jalan yg kite lalui macam tiada tembusan terus tapi cuma ada dinding yg menjadi pemisah untuk kite meneruskan perjalanan ini. Ketelusan minda yg tiada, akibat kekusutan yg melanda. Kawalan emosi yg tiada penghujung nya. Keperitan dan kesakitan d hati bagai tiada penawarnya.

Kelam ! Kelam ! Kelam !

Adakah esok masih ada mentari yg menyinar hidupku? Atau akan senantiasa d selubungi dek awan mendung yg pilu. Tiada angin sepoi sepoi bahasa yg bertiup menghinggap d pipi. Tiada seri d sebalik wajah yg membawa seribu pertanyaan yg tiada jawapannya.

Namun pengalaman akan mengajar kita, yg ini semua adalah dugaan dari yg maha Esa. Menguji kesabaran dan ketabahan hati setiap umat Nya. Atau sekadar mengingati agar kita jangan terlampau hanyut; hanyut d bawa arus membawa kita ke jalan yg boleh menggelapkan seluruh sistem sanubari kita.

Dalam aq tetibe teringat akan kisah pahit yg melanda; d mana istana yg d bina telah hancus berkecai. Tapi aq juga harus mengingati saat2 manis ketika aq mula berjinak jinak dgn apa yg kita panggil CINTA. Aq tidak pernah introduce siapakah seseorang yg pernah bertahta d hati aq ini tapi cuma sekadar identify dia dlm KLBDH ini sebagai si dia.

D sebabkan perjanjian yg telat termertai semasa proses perpisahan kami dulu, aq tidak bole sekali kali identify si dia d mana2. Tapi d sebabkan peristiwa ini telah lama berlalu dan si dia juga ada membaca KLBDH ini, so aq akan introducekan pada korang siapa si dia ini.

Si dia yang aq maksudkan ni aq akan gelar dia sebagai Zr sahaja. Itupun setelah Zr sendiri bersetuju untuk aq bercerite selanjutnya, cuma yg d pinta Zr agar aq berlaku adil d atas segala apa yg aq bakal huraikan tanpa mengaibkan mana2 pihak. Itu aq setuju. Oleh kerana gambaran yg aq lakarkan pada posting sebelum ini sebagai aq bagaikan malaikat (saint) and Zr sebagai d devil. Of course d devil Wears Prada k.....
So, sebagai justifikasi, aq akan cuba sedaya upaya untuk menulis yg terbaek d mana tiada sebelah pihak akan d tuding jari sebagai penyebabnya.

Walaupun kami membawa haluan sendiri, namun Zr akan sentiasa mempunyai a special place in my heart, sehingga pada hari aku d jemput kembali oleh Pencipta aq. Zr bukanlah my first love but we fell in love by accident; d satukan oleh keadaan. Belum lagi aq bertemu d mana seseorang itu begitu memahami hati naluri aq. setiap ayat yg aq ungkapkan dapat d habiskan oleh Zr, walaupun tidak pernah d bincang perkara yg terbentang. Begitu lah keserasian yg telah terjalin d antara kami berdua, namun jodoh kami tidak lama. Mungkin telah tersurat dan tertulis d mana kami hanya bole menjadi sahabat setia tapi tidak melayari bahtera bersama.

Walaupun ikatan yg pernah terbina d kuatkan dgn kehadiran putera idaman, Isz. Namun ia tidak cukup kuat untuk kami menepis segala dugaan yg melanda. Betul jugak kata orang2 tua, perkahwinan itu memerlukan pengorbanan, saling faham memahami, dan jugak respect d antara satu sama lain. Juga perlu memberi ruang untuk pasangan kita bernafas dan yg paling penting sekali ialah TRUST antara satu sama laen. Syaitan akan selalu mendampingi kita agar bersikap curiga mencurigai. Hasutan yg d sembur bagai bermaharajalela d hati. Dan kite selalu jadi lupa dan membiarkan syaitan itu menguasai hati hingga hilang pertimbangan dan kewarasan kite. Dan d tambah dgn kerohanian yg nipis; senipis rambut yg gugur ke bumi, maka berpesta lah syaitan dalam menegjar cita citanya menghapuskan kebaikan diri ini.

Balik pada Zr, tak akan aq lupa segala kenangan manis aq bersamamu walaupun kepahitan yg kita lalui bersama masih menghantui diri ini. Aq harap agar kita dpt menempuh sisa sisa kehidupan kite demi kebahgiaan putera and puteri2 kita.

Thursday, February 24, 2011

Kisah Lalu Berlabuh D Hati ......

Aq x sure samada korang pernah lalui peristiwa begini. melihat seseorang yg kita puja dan sanjung d rampas and menjadi milik org laen. Bila aq kenang kembali kisah lampau, sedey ada, geram pun ada. marah tu tok sah kata ler... Tapi kalau d analisa d sebalik apa yg terjadi, mungkin peyebabnya dtg dri kita sendiri.

Sedey kannnn........ hu hu hu ......

Apapun, segala pengalaman yg aq lalui ini membuat aq jadi stronger and lebih berhati hati. namun apa kan daya kerna aq sekadar insan biase. Walau prihatinnya aq terhadap segala yg berlaku, kekadang, peristiwa yg sama mayb akan terjadi. Jgnler kite dok asek menuding jari mencari kesilapan sesiapapun demi menjaga ego kita. Hanya yg dapat menenangkan minda dan fikiran kita sentiasa redha akan apa yg berlaku. Mungkin semua ini telah tertulis bgaimana journey kita seharusnya berlaku mengikut peredaran masa.

Balik pada kisah silam aq ni, walaupun aq bahagia ngan dia, namun d sebabkan masing2 bz mengejar cita2, hubungan kami jadi renggang hinggakan kehadiran orang ketiga tanpa aq sedari. Relationship yg d bina atas dasar cinta bertukar menjadi nighmare yg x sanggup aq hadapi. Kalau d masa kami mula berkenalan, smuanya manis2 belaka. Setiap perbualan d iringi oleh tawa riang. Setiap kali berjauhan menimbulkan rasa rindu yg teramat dalam. Lebih indah lagi bila saat yg d nantikan d mertai ngan kasih sayang.

Namun, aq sangka panas hingga ke petang, namun hujan d tengahari. And dlm konteks journey aq ini, bukan setakat hujan, taufan monsoon asek melanda setiap masa d kala mata bertentang mata ngan s dia. So, korang pun tau, bila taufan sering melanda, ia berubah menjadi puting beliung hinggakan berada d dlm bilik yg sama pun tidak mungkin.

Akhirnye, ikatan yg d bina selama 4 tahun 7 bulan itu berkecai and si dia aq terpaksa lepaskan walaupun hati aq ini tau, tiada apa yg dapat aq lakukan tuk selamatkan keadaan. Dari kedua duanya hidup merana, aq relakan dia pergi dr hidup aq and berdoa agar dia dpt jumpe apa yg d carikan selama ini. Punah segala harapan, rabak koyak hati aq ini. Rasanya d lumat lumatkan and d cincang hingga x dpt aq bayangkan. Adakah aq dpt meneruskan jouney hidup aq ini tanpa dia d sisi. Atau ada cahaya d hujung tunnel setelah sekian lama menghadapi kegelapan; ibarat kegelapan malam yg tiada awan d sisi.

Punca. Penyebab. Semua itu bermain main d fikiran aq ini. D manakah silap aq hingga journey aq in mengalami saat2 kegelapan. Aq jadi murung. Fikiran aq jadi bengong. Tapi aq harus tabahkan hati kerna journey aq ini baru saje bermula. masih jauh journey aq ini. Bole d ibaratkan aq sekadar baru membuka jendela kehidupan and menjadi curious apakah yg ada d depan sana. Pantang tok nenek aq mengaku kalah. Walaupun segala punca d tujukan ke arah aq, namun aq harus pasrah and truskan journey aq ini.

Tanap aq duga, Tanpa aq sangka, belum pun sempat aq menikmati kecerahan yg baru melanda hati aq in, aq terpaksa melalui satu lagi detik hitam yg bakal mengundang semula kegusaran and kepahitan hati aq ini. Tak cukup ngan perpisahan yg berlaku, kini aq d kejutkan ngan kabar berita yg si dia bakal meneruskan journey hidupnya d samping seoarang jejaka baru. Bagaikan d tabur garam kepada luka yg telah lama berdarah, jejaka yg akan bersatu bersama si dia tak lain tak bukan, sahabat aq sendiri. Oh mengapa? Mengapakah dugaan sebegini besar Kau berikan pada aq? Adakah ia sekadar ujian? Ataupun ia ingin membuat aq jadi gundah.

Mengapa? Mengapa? Mengapa?

Berat sungguh namun aq akan tetap laluinya. Tiada teks yg mengajar bagaimana harus aq tangani masaalah sebegini rupa. Demi menjaga hati anugerah2 yg Allah berikan pada aq, aq harungi jua saat indah si dia ngan kekasih baru walaupun dalam hati tiada siapa yg tahu. Aq hanya mampu memehati dr jauh............