Showing posts with label Selamat Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Selamat Hari Raya. Show all posts

Friday, September 2, 2011

AIDIL FITRI 2011

Pada semua geng2, aq ingin nak ucapkan

SALAM EID FITR
MAAF ZAHIR & BATIN

Camner ngan raya korang? Aq nye cam biase, quite ok.... Tapi aq hepi coz mak aq hepi coz hampir semua anak dia balik tahun ni (despite the year has been quite controversial). As usual, pagi raya, wat yg routine ler; mandi sunat hari raya, iron baju raya but................. this year aq d kerah oleh Mem aq soh buat ketayap. Alamak !!!!

Kalau ikut kata hati, mmg malas se malasnye tapi d sebabkan mak aq sorang aje kat dapur, so aq gagahkan hati ni. Alaaa bukan nye susah pun, cam wat pancake jer.... Lagipun, menu breakfast raya aq yg pilih ....... Ketayap Soup. Makanan turn temurun dari zaman Tok Ayah aq lagi... kire cam memelihara tradisi keluarga ler ni.

Ini lah dia Ketayap Soup...
Sedap  !!!!!!

After solat sunat Eid Fitr, of course sesi maaf maafan antara kami semua. Samada ikhlas ke idak, itu antara yg empunya diri ngan Allah. Selesai sesi bersorry menyorry, mula lah sesi fotografi lak. Macam, tahun2 yg lepas, sama ajer cuma wardrobe jer lain....

Yg sedih nya, akak aku x dapat balik coz dia ada wedding preparation belah abang ipar aq kat Muar. Kalau dorang pun balik, aq brani gerenti, msti umah mak aq cam baru abis d landa Tsunami....

Walau apa pun.... kami ENJOY !!!!!

Ramai ramai berkumpul d Eid Fitr
anak2 and cucu2 Haji Abdul Khalid & Hajjah Rapiah
and cucu2 & cicit2
Haji Maaruf & Hajjah Halimaton

Aq yg hensem ngan Bonda tercinta....

NI keluarga adik aq Azman & Hailey

Ni lak famili adik aq Azuar & Azimah

Ni famili adik bongsu aq Zeti ngan Syahrol

Cucu Hajjah Rapiah beratoq nak kutip duit raya

Ma, hutang semua clear naaa
esok kita start buku baru
Hehehe

My Mom
She's the GREATEST Mom ever

Thursday, August 18, 2011

Hari Raya Puasa Dah Dekat

Lebih kurang 12 hari lagik, kita akan menyambut ketibaan bulan Syawal, bukan Syawal AF5, tapi bulan kemenangan setelah kita berpuasa pada bulan Ramadan.

Seperti mana biasa, dek kerana status yang telah sekian lama aku pegang ini, aku memang akan berhari raya di Bukit Jelutong, astana idaman bonda aku. Memang tak se gah ler macam berhari raya di kampung tapi aku memang sejak azali lagi memang tak ada kampung.

Aku di lahirkan, di besarkan and meniti hari hari aku di bandar. Memang aku ni "city boy". Nak buat macamana kan, sudah di takdirkan journey kehidupan aku sedemikian rupa. So aku redha sahaja ler.

Menjadi kebiasaan pada hari raya pertama, aku akan lepak dekat rumah sahaja. Kalau bonda aku nak pergi melawat sepupu dia di Petaling Jaya, baru ler kami sekeluarga akan pergi. Kalau tidak, apa lagi, aktiviti wajib di petang raya ler; terbongkang di hadapan TV.

Raya ketiga baru aku akan beransur ke utara tanah air, untuk berhari raya dengan zuriat zuriat aku bersama ibu mereka. Wlaupun kami tidak lagi bersama, namun siratul rahim antara kami masih seperti sediakala, cuma kami tidak boleh bernikah. Tapi berkawan tiada masaalah pulak.

Aku juga mengambil kesempatan aku di utara tanahair, akan menziarahi kubur arwah nenek dan tok ayah aku. Ini anatara yang pelik bagi aku di dalam keluarga kami. Pusara ninda aku berada di Gelugor manakala pusara atok aku pulak bersama keluarga beliau di Datuk Keramat. Sebab apa macam itu, jangan lah tanya kat aku.

Selesai berhari raya di utara, aku akan ke selatan pula, untuk berhari raya dengan "ehem ehem" aku. Tapi kadang kadang hajat itu tidak kesampaian kerana ehem ehem aku ini suka berjalan semasa hari raya. Jadi, kalau tidak ke selatan, aku balik KL sajer; sambil pergi ke jemputan open house yang ada.

Dan yang paling aku geruni sekarang ialah bila menghulurkan duit raya. Banyak tu. Semua total sebelah aku dan juga bekas pasangan hidup aku, adalah lebih kurang 32 orang. Ini tidak termasuk golongan "meniti senja" lagi. So, in other words, memang akan pokai la aku selepas hari lembaran yang meriah itu.

So, kepada semua, aku ingin mengingatkan, jangan boros, ingat kepada yang tersayang dan berhati hati di jalan raya. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Maaf zahir dan batin.