Wednesday, September 11, 2013

"EYE" Group In Der Making

Masuk Bulan October ni, bermula lah perjalanan tahun ke 3 EyeStudio Photography.

Trend sekarang bila semua business kene melalui diversification of business, so aku rasa kene start rancang tuk expand modus operandi business.


EyeStudio Photography memulakan operasi secara rasmi pada 26 September 2011. Modus operandi meliputi servis photography dan cinematography. Bermula dengan pakej perkahwinan, secara perlahan lahan melalui proses expansion ke dunia koperat dan industri entertainment.

Eye Development pula secara rasmi di tubuhkan pada 2 November 2011. Modus operandi Eye Development pula meliputi training and development dalam Halal Systems. Juga dalam konsultasi dengan industri yang ingin memohon sijil Halal dari JAKIM.


Dan pada 2013 ini, bakal di tubuhkan 2 lagi entity EYE, iaitu

Entiti yang akan bertanggungjawab dalam PR dan event management (inclusive organization).

Entity yang akan melahirkan insan insan seni yang berminat dalam dunia hiburan dan modelling.

Wish us luck and continue to support us at EYE .....