Friday, August 31, 2012

SYAWAL - SEPTEMBER PROMO frm EYESTUDIO

Ni Raya pun dah lepas kannn. Tapi kalau sape2 teringat nak amek photograph; tak kire ler, Raya ke, Family ke, Graduation ke, Baby ke, Nak Glam ke, or even Among Frens, datang arrr kat studio. romo murah jer taw.

Kalau interested, bole,

1. call studio 03 - 5523 6880
2. email kat info@eyestudiofoto.com
3. atau singgah kat www.facebook.com/Eyestudio Photography

 

SYAWAL 2012

Pejam celik pejam celik, satu Syawal dah pun 11 hari berlalu. Sekejap jer masa berdetik pergi meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan.

Syawal tahun ni agak bermakna sikit buat diri aku ini.

1st : Syawal ini mengajar aku erti kesederhanaan. Disebabkan kengkangan kewangan yg aku alami, so aku sambut Aidil Fitri kali ni secara simple. Namun begitu, kemeriahan nya lebih dari tahun tahun yg sudah. Amazing kan kalau kita fikirkan balik. Walaupun kita miskin wang ringgit, namun hati ini tetap tenang dan dapat bergembira di samping keluarga.

2nd : Tahun ini jugak semua saudara aku balik beraya di rumah bonda. Cuba korang imagine, tahun ini wat pertama kali malam raya begitu meriah dengan ketawa and senda gurauan sesama adik beradik aku sambil anak2 buah aku bermain sesama mereka. Bab gaduh ad nak tunjuk terrer tu biasa ler kan.....

3rd: Also buat pertama kali, anak aku yg berada di perantauan email aku dulu coz nak ucapkan Selamat hari Raya. Sebak sekejap aku di buatnya. elalunya, aku yg telefon or email. Cuma nak rasa duit raya anak aku tu belum lagi laaa kot. Insyallah panjang umur, dapat la aku rasa nanti .....










Tahun ni jugak kitorang semua decide nak amek family pic kat EyeStudio coz tiap tiap tahun asyik background tu jerrr ....



 Akak aku pulak raya kat Muar dulu. Raya ke tiga baru dia sampai. Tapi tak pe, coz bzness partner aku kan terrer IT, nanti aku soh dia super impose the whole family ......

 
 
Dah penat amek full family, individual family pics pun kene snap snap jugak ....

 

 

 

So, to all SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN (kalau ada lerrrr ...)

Thursday, August 16, 2012

SYAWAL Promo dari EyeStudio

Syawal bakal menjelma
So, memang akan ada ramai yg akan amek "FAMILY POTRAIT"
Maklum la, time ni ajer bole kumpulkan semua sedara mara kita

So, apa kata kalau korang abadikan ngan meng"frame"kan potrait2 tu
Ngan BORDERLESS FRAME promotion dari EyeStudio.

Just antar pic korang thr email to,


info@eyestudiofoto.com

And biar kitorang settlekan.
Herge dia very reasonable.

Lagi satu, kalau selalu korang buat 10 pcs 8" x 12", korang dapat FREE 1
Sempena Syawal tahun ini, kitorang kasik

PACKAGE 1 :

10 pcs 8" x 12", korang akan dapat FREE 2 pcs 8" x 12"

ATAU

1 pc 16" x 24" and 6 pcs 8" x 12", korang dapat FREE 2 pcs 8" x 12"

MENARIK kan.......

So, apa lagi, contact la kitorang okay .....


Oh ya, Promosi ni terhad jer taw.

Only from 19 August 2012 sampai 16 September sahaja !!!!

Ada Cahaya D Ujung Tunnel

Lama sungguh aku rehat menulis. Ada gak dekat sebulan. Bukannya apa, ngan keje banyak kat studio and bulan Ramadan, so aktiviti aku agak full jugak laaa.

Dri sudut bzness lak, agak slow tapi Alhamdullillah dapat lah jugak catch-up ngan tugas2 tertunggak. Great job to all EyeStudions, Aizul Marcello (bzness partner aku yg sempoi), Zul Fiqri, Majdiah and Zureen (staff aku yg owesome2 tuuu), semua editing and deliveries of album dah selesai.

Walaupun ada kalanya serabut serabut serabut sampai tahap mental, aku kira ini ujian yg Allah kasik kat aku dalam menghadapi segala rintangan yg mendatang


Apapun, aku rasa memang ada hikmah di sebalik apa yg terjadi. Segala yg berlaku membuatkan aku berfikir panjang and memberi ruang untuk aku menilai kembali segalayg aku buat agar aku tidak terjerumus di landasan yg menyimpang. Ia juga mengajar aku erti kesusahan and insyAllah ia aan menguatkan semangat aku yg tetibe menjadi pudar secara tiba tiba.

Syawal bakal menjelma beberapa hari lagi. Maybe aku tidak semewah tahun tahun yg lalu, namun hati aku somehow lebih tenang dalam menghadapi kesukaran yg melanda.

Dalam kita semua menghadapi hari lebaran yg bakal muncul, harus kita semua beringat yg setiap dari kita, walau macam mana susah sekali pun, masih ada insan yg lebih teruk dari kita, And because of that, aku bersyukur ke hadrat Illahi atas segala rahmat yg di limpahi oleh Nya dan aku berjanji akan cuba dan berusaha agar kejayaan yg pernah aku kecapi akan di kecapi semula, insyAllah.

Dengan itu, aku ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan kepada semua sahabat, rakan, ahli keluarga mahupun seteru aku,

                                                           SALAM AIDIL FITRI
                                                       MAAF ZAHIR DAN BATIN



Marilah kita sama sama sambut Aidil Fitri dalam kesederhanaan ...........