Showing posts with label Dari Hati Kecil Aq Ini. Show all posts
Showing posts with label Dari Hati Kecil Aq Ini. Show all posts

Tuesday, June 11, 2013

JOM Kita clearkan sawang2 .......

Tu diaaaaa.

Tak taw laa nak habaq apa kat hangpa semua. Punya la lama aku x update blog kesayangan aku ni.

Reason?

Kalau aku bagi jawapan klise, standard laa  BUSY .....

Betoi !!! Memang aku busy tahap gaban

Tapi kalau tu saja reason, aku rasa mesti hangpa tak percaya naaa ......

Besa laaaa, bila busy, mai la pulak malaih bile ada masa free .... hehehehehehe

Nak tokok tambah lagi, otak lak jadi cam blur blur .... kosong jaaaa ....

Neway, bulan Jun ni aku nekad abis nak update balik coz banyak yang aku nak kongsi ngan pembaca setia mahupun sape2 yang singgah kat blog DJTME niiii.

Paling koman pon, aku cuba update at least 10 postings per month.

So there. I've said it.

So kome semua, sabo2 yer. Sikit jer lagi teman gerenti update punye ....

CHOW CHIN CHOW .....

Saturday, November 17, 2012

NOVEMBER ...... Datang Lagi ......

Haaaaaa .........

Pejam celik pejam celik, dah masuk November tahun 2012. Cepat sungguh masa berlalu ......

Ni pun kire dah lama gak aku menyepi. Bukannya apa, cuma wat masa skung, aku agak bz and also sedang melalui satu perubahan dalam hidup aku kini.

Selalunye, aku akan tertunggu tunggu menanti ketibaan bulan 11 ni tapi tahun ini, aku macam tak brpe nak hiraukan sangat.

Nape ea? Of koz ada satu seribu sebab mengapa ianya terjadi sedemikian.

Apa pun aku tetap redha ngan segala dugaan yang Allah telah berikan pada aku. Kekuatan yang sedia ada dalam tubuh ini bakal melalui proses yang bakal memberi satu progression dalam perjalanan hidup aku ini.

Aku pasti segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Kadang2 kita sebagai hamba Nya yang lemah masih ingin berpaut kepada apa yang kita ada, namun segala galanya telah tertulis dan aku harus hadapi ngan hati yang tabah.

Walau sesakit mana, seperit mana atau sejauh mana aku merasai yang kehidupan ini tidak berlaku adil kepada diri aku, harus aku ingat perubahan yang berlaku harus ada pengorbanan yang aku perlu lakukan demi kebahagiaan dan kesejahteraan seseorang yang paling aku sayangi. 

Shocked! ..... of course

Lost! ...... most definitely

Confused! ....... without a doubt

Denial! ...... finally sinking in

Acceptance! ....... aku perlu usaha ke arah ini

dan finally ...

CLOSURE! ...... aku perlu buat yang ini kalau aku ingin teruskan hidup.

Barang yang lepas aku harus simpan segala yang indah di minda dan yang unpleasant harus aku jadikan teladan ....

Buat pertama kali dalam tempoh masa yang lama, aku menyambut hari ulang tahun kelahiran aku tahun ini ngan cara sendiri; tanpa sesiapa yang special di sisi ..... Perit seperit rasanya ....

Mujurla ada kawan2 di sekeliling yang mampu memberi kepada aku kekuatan semangat untuk aku hadapi pada hari yang sepatutnya aku raikan ngan hati yang penuh gembira.

InsyAllah aku akan dapat menempuh segala dugaan yang bakal mewarnai liku liku perjalanan kehidupan aku yang akan aku tempuhi .......

Saturday, September 29, 2012

Lama betul kannnnn !!!!!!

Lately, aku asyik bz memanjang; sampai x sempat nak update or berkarya.  I guess aku kene ler curik masa yg ada tuk menyambung semular hobi seni aku niiiii.

Semenjak dua menjak ni pon, creativity otak aku pon agak terhad. Dok asyik belek nombor jerrr dari pagi smpai petang, balance tak balance ke, issue cheque laaa dan macam2 lagi yg melibatkan nombor.

Ni 2012 dah hampir tamat and 2013 bakal menjelma, so aku ingat nak pasang niat so aku bole berkarya at least 15 postings per month. Aku kene disiplinkan diri so creativity aku tak terbantut.

Bukannya apa, kekadang tu mental block suka dok menyinggah kat pala otak au niiii



Neway, aku nak ucapkan pada semua reader blog aku BIG BIG BIG Thank You kerna korang selama ini menyokong dedahan hati naluri aku ini.

So, korang nantikan okay apa2 yg terkini dari aku sendiri mahupun studio aku, EyeStudio Photography .....

Saturday, May 26, 2012

Dare to Dream

It all started with a dream. Everyone has one. The difference between us is that some of us pursue our dreams while others just let it go in oblivion.

One has to gauge one's dream to see whether it's executable or otherwise. Our surroundings sometimes prevent us from moving forward or maybe putting the dream on hiatus.

Unexpected circumstances arose which makes one to re-evaluate one's priority. But does that mean killing one's dream? Some might think so. But one thing for sure, just keep the dream alive as one will never know if opportunity will knock on one's door at any moment and time.

It took me almost 29 years to finally able to do what I want to instead of fulfilling other people's dreams. Easy? Not by a mile. I had to overcome a lot of challenges along the way. Lots of hearts were broken. Dreams were shattered tons of time but I keep the dreams alive until now, I am able to enjoy what other people may only desire .....

In short, always DARE TO DREAM !!!!

Did I achieve what I wanted in life thus far? Some of it as I still hoping beyond the horions, shall wait more of my dreams which I have yet to get within my grasp. One day I shall .........

Wednesday, May 9, 2012

Arghhhh !!!! Aku Mental Block Lagikkkkkk .....

Semenjak dua menjak ni aku memang bz giler. Asyik keje siang malam pagi petang. Sampaikan hal2 sekeliling aku pun aku x amek port.

Ceritera aku "Sinaran Mentari Di Hujung Ufuk" pun dah terbengkalai. Bukan au x nak sambung, tapi bila aku nak start tulis jer, otak aku jadi blank. Blank se-blank blank nye. Adoipon!!!!

So arini aku tekad nak sambung tulis balik walau macam mana pun. Coz bila aku menulis, aku dapat merasakan ketenangan yang amat sangat. Coz aku dapat luahkan segala feeling yg terpendam pada penulisan aku ini.

So korang dapat bayangkan betapa kecamuknya jiwa aku sekarang ini. Bergelora bagai badai yang menghempas pantai. Bagai di hempap bertalu talu hinggakan diri aku ini sudah tidak bermaya lagi.

Aku perlu mencari tenaga yang hilang agar aku dapat kembali ke jalan yang dapat membahagiakan aku kembali.

So, korang kene tunggu taw, sambungan ceritera aku itu.

Tuesday, April 17, 2012

Antara Keinginan & Kejayaan

Semenjak dua menjak ni, keadaan telah mengajar aku bahawa barangan materialistik tidak lah sepenting yang aku fikirkan selama ini. Kalau dulu aku bz mengejar kemewahan dan berada di dalam keadaan yang selesa (dari sudut pandang kewangan), namun kini, baru aku ketahui, kekadang apa yang aku kejar itu tidak lah sepenting mana pun.

Mungkin juga aku telah berjaya mendapat hampir segala apa yang aku idamkan; rumah sendiri, kereta idaman (apa lagi kalau bukan BEBE aku tu) dan kerjaya yang telah berjaya memberi kepuasan dalam hidup aku.

Semua itu, aku amat bersyukur kerana Allah telah menunaikan hampir segala hajat yang terpendam di hati sanubari aku ini. Apapun, walau masih ada cacat cerlanya dalam journey kehidupan aku, aku masih boleh berdiri teguh dalam mengharungi cabaran cabaran yang mendatang.

Dek kerana itu, aku amat berterima kasih kepada mereka mereka yang berdiri teguh di belakang aku selama ini dan yang banyak memberi dorongan dan kata nasihat agar aku dapat berjaya di tahap ini.

Ibuku, Hajjah Rapiah Maaruf yang tidak pernah penat memberi kata dua nasihat dan memberi semangat pada diri aku ini. Anak anak aku. IszQandar, Iszmanahani dan Iszlawati yang merupakan sumber inspirasi dan motivasi untuk aku berjaya kerana tanpa mereka, aku menjadi alpa dan mungkin boleh merubah hala tuju perjalanan aku ini. Walaupun tidak lagi bersama, Zarina masih lagi mempunyai impak yang besar dalam hidup aku dengan tiupan encouragement yang tak pernah putus putus.

Begitu juga dengan rakan kongsi aku dalam perniagaan studio aku sekarang, Aizul Marcello yang banyak memberi harapan dan pemangkin kepada aku untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan seelah sekian lama aku hanya mampu untuk makan gaji sahaja. Dia telah mengajar aku agar mengambil risiko dan berusaha dengan keras agar perniagaan kami berjaya dengan cemerlang, insyAllah.

Tidak aku lupa jugak kepada rakan rakan yang banyak membantu tatkala aku mengharungi detik detik permulaan dalam bidang perniagaan. Akmal Hafiz, Shafina Ismail, Zaleha Razali dan Shah Karim turut menyumbang idea idea yang bernas dan memberi imput yang positif.

Siapa lah aku kalau tidak mendapat sokongan dari tenaga produksi yang begitu gigih bersama membangunkan studio aku ini. Shafik Amir, Reen Khan, Gee-Ah Harris, Zul Fiqri, Jijun Meri, Haziq Zulman dan Kak Jah Rodi turut sama sama melayari bahtera permulaan EyeStudio Photography aku ini.

Of course, sedara sedara aku pun turut terlibat dalam memastikan agar aku dapat mengapai kejayaan yang aku rasakan ini. Terima kasih dari jauh di sudut hati kecil aku ini kepada kakak aku, Kak Nun, dan adik adik aku, Zeti, Syahrul, Achik, Azimah, Man ngan Hailey. Juga kepada generasi pelapis dalam keluarga aku, Syafiq, Muaz, Maisarah, Jojie, Intan, dan mereka yang selebihnya.

Doakan lah agar aku dan seluruh warga EyeStudio akan berkembang dan akan membuat semua bangga dengan apa yang cuba aku ngan Aizul cuba kecapi.

Alhamdullillah.

AMIN ......

Monday, April 9, 2012

COMMITMENT

Kdg2 tu aq terfikir jugak bila ada jugak manusia dalam dunia ni suka sngt amek jalan hidup mudah. Semua nak shortcut jerr. Tapi bila d tanya, beria ia kata serius. Serius apnye? serius taik kucin.

Cara aq sebena nye senang jer. Kalau nak kata nak, kalau x bole gtau ajer ler, pastu bole ikut jalan sendiri. paling aq menci bila orang x tau nak berterus terang. Suka sngt ada yg tersurat and tersirat. Ada motif len bila dorang wat keje.

Kalau la betul2 ada commitment nak keje, keje ler, tapi bile keje ni cam time pg lepak, then aq rasa better x yah commit. betul tak? Nyusahkan semua pihak.

Bile social life lebey penting, then go and enjoy puas2. Penat la nak melayan orang2 camni. Dorang kene realize, there is no such thing as "having a cake and eat it too."

Aq rasa it boils down to choices. Keneler pilih jalan mana yg nak ikut. Dalam dunia ni mana ada "security blanket", Kene melalui d proses cam orang len gak.

So, to whom it may concern, kalau sebarang keputusan aq ngan bzness partner aq buat nanti, jgn la dok cepat nak tunjuk jari ya, Ukur baju d badan sendiri dulu. Setakat keje ala alakadar tu, semua orang bole buat. It does not take a rocket scientist to do what you do.

Peluang tuk buktikan aq rasa dah diberikan tap masih performance d takok lama. So U shud know what to do next. Kalau x tau jugak, aq dgn rela hati bole tunjukkan jalan ....

Monday, November 7, 2011

Bila Hati Aq Berkata - kata

Apakah akan terjadi bila "trust" sudah tiada lagi. Walaupun pada zahirnya, ungkapan "I trust U" sering diluahkan, namun jauh d sudut hati, ianya adalah sebaliknya. Bagaimana kah sesuatu relationship itu dapat atau harus d teruskan d mana akan kerap timbul syak wasangka dan juga assumption demi assumption bakal d rumuskan dan ianya akan menjadi satu kesimpulan akhirnya.

Malas sungguh aq hendak memikirkan semua ini kerana segala energy aq harus d salurkan pada set-up studio aq wat masa sekarang. Tiada masa untuk aq memikirkan segala negative vibes yang cuba melanda diri aq ini.

Namun gitu, aq tidak dapat menafikan yg the negative energy will always try to discourage and disrupt aq. For that, aq perlu b stronger than usual tuk menepis segala musibah yang bakal melanda.

Azad Dino is known as a fighter and will always be no matter what may comes aorund. Failure has never been an option but the pain will always b there as we all know it involves hati and perasaan.
So aq anggap ini semua sebagai dugaan dari Allah yang maha Esa as sebagai umatNya, ia akan menjadi kita lebih kuat and more fokus.

Apa yang aq bole buat ialah berdoa kepadaNya agar d permudahkan segala perjalanan dan planning aq ini. Dan jugak aq harus lebih berhati hati agar aq tidak mudah melatah dan memusnahkan segala perancangan yang telah d atur.

Sebagai seorang manusia yang senantiasa melakukan kesilapan, aq tak mungkin dapat lari dari melakukan kesilapan itu, tapi aq akan cuba ngan kederat yang ada pada diri aq ini agar dapat aq jalankan amanah dan tugas yang d berikan, insyAllah.