Monday, January 21, 2013

Pala Otak Aku Kembali Berkarat .... episod 1


Dah hampir 3 tahun berlalu since aku berdiri di tepi pantai ini sambil ditemani oleh dengusan lamunan ombak yang mencecah pergigian pantai. Masih terngial ngial di pala otak aku Harr meminta agar perhubungan kami terhenti di tatkala aku amat menyayangi dirinya dengan sepenuh jiwa raga aku.

 

Tapi nak wat camner, aku harus terima hakikat yang jodoh antara kami sudah tiada lagi. Walau apa pun sebab yang di beri oleh Harr, aku masih tidak dapat terima alas an yang di beri.

 

Seperit mana sekali, seremuk mana sekali hati aku ini, aku redha dengan segala ketentuan Illahi. Untuk memastikan aku tak meroyan tahap gaban (bak kata anak2 muda zaman ini), aku terus mengabdikan diri aku dengan tugas tugas di pejabat. Waktu social aku jadi teramat ler sempit, sesempit sampai boleh dikatakan ke tahap zero. Aku jadi lebih kritikal akan segala yang cuba mendatangi aku untuk mengenali diri aku dengan lebih rapat. Aku tak mampu  untuk menerima sesiapa pun dalam hidup aku. Hati aku jadi keras; sekeras keras air batu di kutub selatan. Kalau ada yang cuba mendekati aku, mereka akan merasa kedinginan yang memancar dari hati sanubari aku ini.

 

Istilah cinta dan sayang terus lupus dari kamus hidup aku. Aku lebih suka melayari hari hari dengan aktiviti aktiviti yang tidak melibatkan hati dan perasaan.

 

Tanpa aku sedari, 3 tahun berlalu tanpa sebarang ingatan terhadap Harr. Namun aku hanya insan biasa. Tipu la kalau aku katakana aku tidak bersa sunyi tapi aku nekad dengan keputusan aku.

 

Semasa aku tiba di tepi pantai ini dengan niat untuk merehatkan minda dan fikiran bersama teman teman, tiba2 ingatan lama kembali berpaut di minda. Teringat akan aku segala saat manis bersama dengan seorang yang aku pernah menaruh harapan suatu ketika dahulu.

 

Mengapa? Why? Why?

 

Why do you have to come back to my mind? Aku tak mahu ini semua. Sudah terasa amat serik akan segala yang terjadi. Please la nyah kau dari fikiran aku. Aku tidak perlu ini semua. Setelah sekian lama aku cuba melupakan diri mu, Aku tak mahu segala usaha yang telah di lakukan itu sebagai usaha yang sia sia.

 

Lagipun, aku tahu Harr telah pun move on. Sudah pasti dia sudah ada pengganti diri aku ini.

 

Sedang aku kyusuk mengelamun melayani alunan ombak, tiba tiba ada tangan yang datang menepuk belakang aku dengan kuat membuatkan aku tersedar dari lamunan.

 

“HOI !!! kome ni pe hal? Dah macam kene rasuk hantu air jer teman nengok.” Kedengaran suara garau range rendah menghinggapi anak telinga aku.

 

“Kome ghopenye Lan. Ingatkan sape ler tadi.” Jawab aku ringkas.

 

“Kome nak menbunuh teman ke? Cobe ler beri salam ke, kan lebih elok.” sambung aku lagi. Lan rupanya, sahabat sepejabat aku. Lan duduk di belakang aku di pejabat, seorang yang senantiasa riang and jarang atau pun tak pernah tengok muka dia bermasaalah. Lan asal dari Kuala …. Kuala Kangso, Perok.

 

“Alaaa D, kome tu jauh bebeno memandang ke laut tu. Nape? Ade ikan duyung ke yang dok lambei lambei ngan kome?” tanya Lan lagi.

 

“Kalau tak duyung, ntah ntah ikan dugong agak nye.” sambung Lan lagi sambil ketawa kecil.

 

“Kome cakap tu berlapik arr sikit. Kang silap aribulan mau ada yang makan slipar aku ni kang.” respon aku pada Lan.

 

“Sabar brader. Yang kome dok marah marah ni nape? Tengah bocor ler tuuuuu. Slipar? Sedap bebeno ke slipar kome tu? Jap teman g ambik mayo ngan chili sauce, saje nak nambah perisa. Hehehehehehe”Lan masih ngusik aku.

 

“Helo !!! suke hati aku lerrr, nak mengelamun ke? nak meroyan ke? nape? Telur kome gatei ke?” bidas aku lagik.

 

“Telur telur jangan sebut yer. Sen-si-tip okay.” Lan menjawab ngan nada yang agak tinggi sikit. “Kalau yer pun telur teman gatei, kome nak datang garu ke? Hehehehehehe.” makin galak si Lan ngusik aku.

 

“ARGHHHHH !!!! malas aku nak layan ko.”aku semakin angin ngan respon si Lan niii dan terus beredar ke arah yang lain.

 

“HOI D!!! Jap tunggu teman. Teman sorry okay. Sajer jer nak gurau gurau ngan kome. Sensitif ler pulak.Jilat kang baru kome tahu.” Lan cuba minta maaf.

 

Terhenti langkah aku seketika dan terus merenung ke arah Lan. Bikin panas jer mamat ni taw.

 

“Okay Okay. Teman betul betul sorry. Jom kita g lepak ngan lain.” ujar Lan sambil memegang bahu aku dan mengurut urut dada aku kasik sejuk.

 

“Aku tak marah pun. Sajer jer.” kata aku ngan nada perlahan. “Cuma pala otak aku ni serabut sikit.”

 

“Iyo lah, teman tahu.” sambil Lan mengeletek pinggang aku supaya aku senyum.

 

“Hish ko ni Lan. Udoh udoh ler tu. Aku okay laa.” Jawab aku sambil menepis tangan Lan.

 

Sampai di samping yang lain, aku terus mencapai  sebotol air mineral sambil menikmati permandanagn sekeliling.

 

Tiba tiba mata aku telah terpaut akan seseorang yang melintasi di hadapan aku. Aku jadi kaku dek kerana terpegun ngan makhluk yang baru sahaja melintasi di hadapan aku ini.

 

Siapakah dia?

 

Mahu saja aku menegur dirinya namun lidah aku jadi kelu seribu bahasa …..

 

Aku hanya mampu berdiri tanpa kata ……

 

…..bersambung …..

Sunday, January 20, 2013

2013 Bakal Mewarnai Journey Aku Ngan Lebih Mantap ....

Hari ini dah 20 hari kita memasuki tahun 2013.

2012 telah membawa seribu satu kenangan dan akan sentiasa abadi dalam sanubari aku.

Kehilangan "Ayang Buah Hati" setelah sekian lama kasih berpaut banyak mengajar aku to be more appreciative dan not taking anyone for granted.

Kesengsaraan yg di hadapi oleh ibu kepada anak2 aku lak banyak mengingati aku akan segala yg telah kita lakukan di masa lampau dan harus beringat bahawa segala yg terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.

Bzness aku pulak mengalami pasang surut di mana aku harus sedar bahawa segala rezeki yg kita kecapi adalah ketentuan Allah yg maha esa. Aku harus bersyukur atas segalanya kerana kesusahan yg aku hadapi mangajar aku supaya lebih berhati hati dalam menjalani perniagaan aku ini. Juga aku sedar siapa sebenarnya sahabat dan siapa sebenarnya lawan.

Soooooo ...... 2013 aku kene lebih CARGAS !!! lebih INNOVATIF !!! lebih FOKUS !!! dan kesimpulannya, lebih SEGALANYA !!!!!!!!

Monday, January 7, 2013

MTV 'Seperti Dulu' - Forteen



Dunia yang penuh dynamik .....
Paradigma sering berubah mengikut arus perjalanan hidup
Tapi memori harus di pegang walaupun idak "SEPERTI DULU" ..........

Bye Bye 2012 and Welcome 2013

Lama giler aku tak update blog ni. Bukannya ape, tapi aku mmg busy giler (hujung tahun ler katakan), and then aku sakit pulak. Kat seminggu, body aku berada dlm keadaan khayal coz of ubat ubatan yg POWER RANGER .....

Neway, aku rasa tak terlewat lagi kalau aku nak ucapkan HEPI NEW YEAR kat semua follower aku walaupun kire dah terlewat seminggu niiii. Hehehehehehe.

So guys,

HAPPY NEW YEAR
2013 ....