Saturday, January 21, 2012

Tangisan Dalam Ketawa

Setiap dari kita pasti mempunyai personaliti yang berbeda. Kerana, jika semua manusia mempunyai personaliti yang sama, nescaya dunia ini akan menjadi satu platform di mana tiada "excitement" dalam menjalani journey kehidupan harian kita. Namun begitu, di sebalik kesibukan dan kerancakan aktiviti semasa, terasa amat susah sekali untuk kita senantiasa berada di kelompok keadaan yang tiada gundah gulana.

Kita harus sentiasa kuat dalam menghadapi segala rintangan yang melanda. Kita harus jugak menganggap segala dugaan itu sebagai ujian dari Allah kerana Allah akan sentiasa menguji umatNya yang di sayangi.

Ada di antara kita yang dapat meneymbunyikan perasaan yang melanda di hati, namun ada jugak segelintir dari kita tidak pandai untuk merahsiakan perasaan hati baik yang baik mahupun yang kurang menyenangkan.

Apa apa pun yang berlaku, kita harus berwaspada kerana emosi yang di tunjukkan mungkin boleh memepengaruhi orang di sekeliling kita. Ianya dalah sesuatu yang amat susah untuk di lakukan, tapi ianya juga tidak mustahil.

Oleh itu, kita harus cautious / berhati hati bila kita berinteraksi bersama yang lain. Biar ianya hujan turun membasahi di dalam diri kita, namun ketawa dan senyuman akan dapat membantu menghilangkan kekusutan dan keserabutan yang di alami walaupun sedikit tapi ianya akan memeberi impak kepada semua ......

1 comment:

  1. kita mesti rasa bertuah kerana Allah dh memilih kita dgn ujian2 ...Allah maha mengetahui akan keperluan kita cuma bagaimana kita menghadapi yg mencabar tu....inshallah...... NEVER stop asking n asking n bersyukur dgn apa yg telah diberi....

    ReplyDelete