Monday, January 30, 2012

My College Years .....

Dah lama aq tinggalkan dunia pembelajaran. It has been tough but Alhamdullillah, aq sempat habiskan zaman remaja aq seperti jugak remaja yang lain di college dan university.

Mengimbau kembali zaman zaman itu, aq terkenangkan saat saat manis suka duka semasa alam mentela'ah ilmu supaya aq dapat berada di tempat yang aq ada sekarang ini.


Sebaik saja aq tamat SPM, aq berhijrah jauh nun di hujung dunia di USA, lebih khusus di Knoxville, Tennessee. Di sini ler bermula lama pendewasaan aq yang telah banyak mengajar erti kehidupan.




Dari main campus, aq berhijrah sekali lagi ke Chattanooga, selatan dari Knoxville. Di sini, proses pembelajarannya lebih mudah dek kerana menggunakan sitem semester, tidak seperti di Knoxville yang menggunakan sistem quarter.


Lepas saja aq graduate ngan Bachelor of Science in Structural Engineering, aq cuba try my luck dalam bidang teater performance. 2 tahun aq kat Dorsey Academy belajar bagaimana aq harus luahkan emosi dan perasaan. Training ini banyak membantu dalam membina jati diri dan menghapuskan rasa taidak malu di hadapan khalayak ramai.


Dalam aq mempelbagaikan talent yang aq ada, ini merupakan persinggahan aq yang terakhir di menara gading. Di sini aq mempelajari segala yang perlu aq ketahui di dalam industri Halal. Totaly contrast ngan apa yang aq pelajari dan berkhidmat selama ini, tetapi ianya amat berguna kerana industri ini walaupun complex, namun sentiasa memberi ketenangan di hati.


No comments:

Post a Comment