Monday, August 1, 2011

1st Day Ramadan

Nak kata kali pertama, idak ler pulak. Dah berpuluh puluh Ramadan aq sambut dalam journey aq yg penuh warna warni ini. Namun gitu, 1st day Ramadan ler yang paling mencabar sekali. Mana tidaknya, aktiviti biasa sesi pagi x bole nak d lakukan; iaitu 2 perkara penting yang menjaminkan diri aq ini dapat berfungsi dgn baik sekali setiap hari.

Cam biasa, sebelum masuk keje, aq akan pekena kopi O nipis kurang manis kat restoran feveret aq d waktu pagi, iaitu restoran Bestari di Desa Sri Hartamas. Kemudian akan d sambut dgn hisapan rokok Dunhill merah yg bakal memeberi inspirasi untuk aq menempuh segala keje yg bakal singgah d meja aq setiap hari. Puff !!! Puff !!!! Nyamannnnnn.........

So tanpa kehadiran 2 penting itu pada pagi pertama Ramadan memberi satu impak dalam pergerakan aq. Otak aq jadi keliru seolah olah ada sekatan dalam aliran perjalanan darah aq d kepala, bak kata orang putih, "mental block". Dan pada Ramadan ini, tidak terkecuali akan perasaan yg sering melanda diri aq ini saban tahun. Tapi tahun ini agak berbeza sikit. Bukan setakat otak cam lopor jer, tapi d tambah pulak dengan kehadiran denyutan yg amat berbisa sehinggakan sedetik getaran bole membawa kepada kesengsaraan di jiwa.

Apa pun, ia mengajar kita semua erti kepayahan dan kesabaran dan juga mengajar kita agar lebih berhati hati dalam perbelanjaan dan sentiasa mengingati kepada orang2 yg tidak senasib dengan kita.

Tapi, d sebalik ini semua, saat yang paling manis aq jangkakan ialah pada waktu berbuka di mana aq dapat mengucapkan rasa kesyukuran yang teramat sangat d atas limpah kurnia Allah yang maha Esa.

rendang padang, feveret arwah ayah aq

No comments:

Post a Comment