Monday, August 22, 2011

RINDU !!! ... Apa Nak Jadi Pada Jiwang Karat Aq Niiii? ... episod 24

Setelah hampir sebulan berlalu, aq sudah dapat membiasakan diri aq ini dengan surrounding kat Kelang. Ia agak berbeza dengan Penang kerana cuaca kat sini memang panas. Lagi satu yang paling ketara bezanya ialah kat Kelang ni, memang terkenal dengan "Bak Kuh Teh" nya. Korang tau tak ape dia tu?
Alaaa, Babi masak ngan herba tuu. Memang famous kat Kelang ni sampaikan banyak jugak tourist dari China, Taiwan dan Hong Kong akan datang ke Kelang tuk menikmati juadah yg popular di kalangan masyarakat China tu.

Di sebalik kebiasaan yang aq alami, ada suatu yang tidak dapat aku lari dari merasakannya. Tidak kira masa walaupun sesaat, pala otak aq akan sentiasa teringat dkt Harr... Rindu yg begitu mendalam menular d seluruh sanubari aq hampir setiap detik masa yg berlalu.

Sampaikan masa minum kopi pun asyik terbayangkan wajah Harr.... (dah macam cerite P. Ramlee ler pulak). Tapi memang benar sekali. Konsentrasi aq terhadap keje amat sukar. Kalau d ikutkan hati, mau ajer aku berlari pulang kepada Harr...

Aq amat berharap yg Harr... jugak akan merindui diri aq sebagaimana aq merindui dirinya. Ternyata anggapan aq tidak meleset bila mana Harr... meluahkan perasaan nya pada aq semasa kami berbicara melalui telefon.

"Apa yang U dah buat kat I ni? Sampaikan susah I untuk concentrate wat keje." ujar aq memulakan perbualan.

"I !!!" soalan Harr d sebelah sana seolah olah terperanjat bila aq berkata demikian.

"I rasa U yg mendrum I kot coz sejak U p KL, jiwa I asyik dok teringat kat U saja tau." jawab Harr... ringkas.

"Hehehe." aq ketawa kecil mendengarkan jawapan Harr itu....

"So how's KL? Seronok tak? I bet U mesti suka kan." sambung Harr... lagik.

"KL is okay. But it would be great kalau U ada kat sini sekali. Without U, memang x der makna pun."

"Kan ramai yg lawa2 kat KL tu. Tak kan x terpikat kat sorang pun." Kata Harr... lagi seolah olah ingin menguji kesetiaan aq terhadap nya.

"Tak payah ler U dok nak nguji I. U tau kan I sayang kat U ajer, mana ada orang lain dah. Orang tgh rindu kat dia, buat main2 pulak. Cari lain kang, baru tau." Kata aq cam ada rasa hangin sikit.

"Alaaa U, tak yah la marah2. I gurau jer tu.... Hai, sejak bila pulak sensitive ni?" Harr membalas sambil sempat melazer kat aq.

"Weekend ni U on duty ke?"  aq bersuara mencari kepastian mengenai aktiviti Harr.

"Tak. Awat? U nak turun Penang ka?" jawab Harr... ringkas.

"U ni macam tau tau saja apa yang bermain d firikan I kan." balas aq. "Ah ha, I balik weekend ni coz I nak sangat2 jumpa buah hati I yg jauh d mata ni." sambung aq lagi.

"Sapa dia buah hati U tu? I kenai ka?" ujar Harr... sambil ketawa kecil.

"Ntah laaa. sapa2 pun jadi laaa." aq nyakat Harr.....

Kalau korang nak tau, memang dah jadi activitiy aq setiap hujung minggu. Mest aq balik Penang. Selalunya aq akan balik Sabtu tengahari (coz aq terpaksa keje half day Saturday) and balik KL semula pagi Isnin. Ramai jugak yg bertanya kat aq samaada penat ke tidak. Mana x penatnya. Kekadang tu rasa macam nak mati ajer pagi2 Isnin tu. Tapi nak wat camner kan, cinta punya pasal, lautan api sanggup aq harungi.

Cuba korang bayangkan, aq travel Penang - KL every weekend selama 6 bulan sampaikan orang tua aq siap tegur kat aq. Dorang kata aq ni dah macan x ada mak bapak and lebih pentingkan seseorang dan membelakagi mereka. Of course, aq ngan kepala batu aq ni buat x kesah ajer ngan komen parents aq tu. Darah muda ler katakan. Aq saja yg betul, orang lain mana tahu isi hati aq ni.

Tapi, sebagaimana yg kita semua maklum, langit itu tidak selalu cerah. Di sebabkan perjalanan ulang alik setiap minggu itu, membuatkan aq selalu keletihan dan mula mempertikaikan keputusan yang telah aq ambil. Sepanjang 6 bulan aq berpindah ke KL, cuma aq saja yg selalu membuat trip ke Penang and tidak sekalipun Harr... membuat trip ke KL untuk berjumpa ngan aq.

Bila aq bertanyakan mengapa, sentiasa ada jawapan yg di berikan oleh Harr... Pada mulanya, aq tidak berapa kisah, tapi bila keadaan body aq yg semakin kekurangan tenaga dek kerana trip yg aq buat setiap minggu dan juga keje yg banyak d ofis, ia mula memberi kesan kepada aq secara fizikal maupun secara mental.

Dan bermula lah detik2 hitam d antara kami berdua. Pengorbanan yg aq buat selama ini makin aq ragui. Kesetiaan Harr... terhadap aq juga makin d pertikaikan. Masihkah ada ruang untuk kami memperbaiki segala kepincangan dalam perhubungan ini ????

Hmmmm......

.....bersambung.....

No comments:

Post a Comment