Thursday, August 18, 2011

Hari Raya Puasa Dah Dekat

Lebih kurang 12 hari lagik, kita akan menyambut ketibaan bulan Syawal, bukan Syawal AF5, tapi bulan kemenangan setelah kita berpuasa pada bulan Ramadan.

Seperti mana biasa, dek kerana status yang telah sekian lama aku pegang ini, aku memang akan berhari raya di Bukit Jelutong, astana idaman bonda aku. Memang tak se gah ler macam berhari raya di kampung tapi aku memang sejak azali lagi memang tak ada kampung.

Aku di lahirkan, di besarkan and meniti hari hari aku di bandar. Memang aku ni "city boy". Nak buat macamana kan, sudah di takdirkan journey kehidupan aku sedemikian rupa. So aku redha sahaja ler.

Menjadi kebiasaan pada hari raya pertama, aku akan lepak dekat rumah sahaja. Kalau bonda aku nak pergi melawat sepupu dia di Petaling Jaya, baru ler kami sekeluarga akan pergi. Kalau tidak, apa lagi, aktiviti wajib di petang raya ler; terbongkang di hadapan TV.

Raya ketiga baru aku akan beransur ke utara tanah air, untuk berhari raya dengan zuriat zuriat aku bersama ibu mereka. Wlaupun kami tidak lagi bersama, namun siratul rahim antara kami masih seperti sediakala, cuma kami tidak boleh bernikah. Tapi berkawan tiada masaalah pulak.

Aku juga mengambil kesempatan aku di utara tanahair, akan menziarahi kubur arwah nenek dan tok ayah aku. Ini anatara yang pelik bagi aku di dalam keluarga kami. Pusara ninda aku berada di Gelugor manakala pusara atok aku pulak bersama keluarga beliau di Datuk Keramat. Sebab apa macam itu, jangan lah tanya kat aku.

Selesai berhari raya di utara, aku akan ke selatan pula, untuk berhari raya dengan "ehem ehem" aku. Tapi kadang kadang hajat itu tidak kesampaian kerana ehem ehem aku ini suka berjalan semasa hari raya. Jadi, kalau tidak ke selatan, aku balik KL sajer; sambil pergi ke jemputan open house yang ada.

Dan yang paling aku geruni sekarang ialah bila menghulurkan duit raya. Banyak tu. Semua total sebelah aku dan juga bekas pasangan hidup aku, adalah lebih kurang 32 orang. Ini tidak termasuk golongan "meniti senja" lagi. So, in other words, memang akan pokai la aku selepas hari lembaran yang meriah itu.

So, kepada semua, aku ingin mengingatkan, jangan boros, ingat kepada yang tersayang dan berhati hati di jalan raya. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Maaf zahir dan batin.

No comments:

Post a Comment