Wednesday, March 30, 2011

Kisah Lalu Berlabuh D Hati ..... Kenangan Mengusik Jiwa

Kalau dlm posting KLBDH aq yg lalu mengisahkan aq mengimbau kembali saat2 pahit yg aq tempuhi, kini aq jugak perlu menceritakan apa yg sebaliknya berlaku. Dalam kehidupna ini, kita pasti melalui saat manis dan pahit d sepanjang perjalanan hidup kite. Tak akan ada seorang manusia d muka bumi ini yg tidak melalui nya. Cuma yg membezakan insan2 ini ialah cara mereka mengatasi segala rintangan yg melanda.

Dan juga kite perlu mengkaji dgn sedalam dalamnya punca dan sebab mengapakah ia terjadi sebegitu rupa. Adakah kita terlepas pandang atau kekadang tu amek things for granted. Mungkin iya dan mungkin tidak. Tiada sesiapa yg bole menjawab soalan itu melainkan diri kita sendiri. Why do I say that? Because, the only person that knows U is URSELF. Cuma kite saja yg tau kekuatan dan kelemahan diri kite. Orang d sekeliling hanya mampu memberi kata dua tapi deep down inside U know, hanya kite yg dpt membuat keputusan yg terbaek untuk diri kite.

Ada kala dunia kite kelihatan gelap; segelap gelap malam tanpa kehadiran cahaya bulan dan bintang. Jalan yg kite lalui macam tiada tembusan terus tapi cuma ada dinding yg menjadi pemisah untuk kite meneruskan perjalanan ini. Ketelusan minda yg tiada, akibat kekusutan yg melanda. Kawalan emosi yg tiada penghujung nya. Keperitan dan kesakitan d hati bagai tiada penawarnya.

Kelam ! Kelam ! Kelam !

Adakah esok masih ada mentari yg menyinar hidupku? Atau akan senantiasa d selubungi dek awan mendung yg pilu. Tiada angin sepoi sepoi bahasa yg bertiup menghinggap d pipi. Tiada seri d sebalik wajah yg membawa seribu pertanyaan yg tiada jawapannya.

Namun pengalaman akan mengajar kita, yg ini semua adalah dugaan dari yg maha Esa. Menguji kesabaran dan ketabahan hati setiap umat Nya. Atau sekadar mengingati agar kita jangan terlampau hanyut; hanyut d bawa arus membawa kita ke jalan yg boleh menggelapkan seluruh sistem sanubari kita.

Dalam aq tetibe teringat akan kisah pahit yg melanda; d mana istana yg d bina telah hancus berkecai. Tapi aq juga harus mengingati saat2 manis ketika aq mula berjinak jinak dgn apa yg kita panggil CINTA. Aq tidak pernah introduce siapakah seseorang yg pernah bertahta d hati aq ini tapi cuma sekadar identify dia dlm KLBDH ini sebagai si dia.

D sebabkan perjanjian yg telat termertai semasa proses perpisahan kami dulu, aq tidak bole sekali kali identify si dia d mana2. Tapi d sebabkan peristiwa ini telah lama berlalu dan si dia juga ada membaca KLBDH ini, so aq akan introducekan pada korang siapa si dia ini.

Si dia yang aq maksudkan ni aq akan gelar dia sebagai Zr sahaja. Itupun setelah Zr sendiri bersetuju untuk aq bercerite selanjutnya, cuma yg d pinta Zr agar aq berlaku adil d atas segala apa yg aq bakal huraikan tanpa mengaibkan mana2 pihak. Itu aq setuju. Oleh kerana gambaran yg aq lakarkan pada posting sebelum ini sebagai aq bagaikan malaikat (saint) and Zr sebagai d devil. Of course d devil Wears Prada k.....
So, sebagai justifikasi, aq akan cuba sedaya upaya untuk menulis yg terbaek d mana tiada sebelah pihak akan d tuding jari sebagai penyebabnya.

Walaupun kami membawa haluan sendiri, namun Zr akan sentiasa mempunyai a special place in my heart, sehingga pada hari aku d jemput kembali oleh Pencipta aq. Zr bukanlah my first love but we fell in love by accident; d satukan oleh keadaan. Belum lagi aq bertemu d mana seseorang itu begitu memahami hati naluri aq. setiap ayat yg aq ungkapkan dapat d habiskan oleh Zr, walaupun tidak pernah d bincang perkara yg terbentang. Begitu lah keserasian yg telah terjalin d antara kami berdua, namun jodoh kami tidak lama. Mungkin telah tersurat dan tertulis d mana kami hanya bole menjadi sahabat setia tapi tidak melayari bahtera bersama.

Walaupun ikatan yg pernah terbina d kuatkan dgn kehadiran putera idaman, Isz. Namun ia tidak cukup kuat untuk kami menepis segala dugaan yg melanda. Betul jugak kata orang2 tua, perkahwinan itu memerlukan pengorbanan, saling faham memahami, dan jugak respect d antara satu sama lain. Juga perlu memberi ruang untuk pasangan kita bernafas dan yg paling penting sekali ialah TRUST antara satu sama laen. Syaitan akan selalu mendampingi kita agar bersikap curiga mencurigai. Hasutan yg d sembur bagai bermaharajalela d hati. Dan kite selalu jadi lupa dan membiarkan syaitan itu menguasai hati hingga hilang pertimbangan dan kewarasan kite. Dan d tambah dgn kerohanian yg nipis; senipis rambut yg gugur ke bumi, maka berpesta lah syaitan dalam menegjar cita citanya menghapuskan kebaikan diri ini.

Balik pada Zr, tak akan aq lupa segala kenangan manis aq bersamamu walaupun kepahitan yg kita lalui bersama masih menghantui diri ini. Aq harap agar kita dpt menempuh sisa sisa kehidupan kite demi kebahgiaan putera and puteri2 kita.

No comments:

Post a Comment