Monday, March 21, 2011

Chom Bee, cheq rindu kaa? ..... episod 4

Lama gak aq x dengaq cerita psai Chom Bee ni. Dia sihat ka? Senyap aja. So pada suatu hari (eceh eceh), macam dlam drama la pulak, sedang aq tersekat dlm jam aghi Jumaat time balik keja, aq pun calling2 la si Chom Bee ni. Nak hilangkan boring la katakan. As usual dia x jawab. Memang camni slalu. Satg aq kata dia pekak, dia maghah, so aq try lagi skali.... Confirm dia ni pekak.  Ka dia pkai baju longgaq, x bole rasa vibration handpon.

So aq pun rilex la sambil melayan lagu Shahir (of course); lagu feverete aq, sambil nyanyi skali konon nya suara aq ni sesedap suara penyanyi pujaan aq tu la. Volume sah sah aq letak kat 30, kalau tak, x rasa bass dia, so x best. Ni kalau orang kat luaq panggei aq, mmg aq wat x tau coz....... aq x dengaq..... hahahaha.

Sambei aq terkinja kinja dlm keta smpai org keta sebelah pandang serong ja, aq terperasan lampu tepon aq menyala. Chom Bee return call..... trus aq jadik excited.

"Walaikumsalam. Apa habaq cheq?" aq menjawab ngan penuh tertib. Sopan ler katakan. Tak tau hati aq punya la hangin bila dia x jawab tadi. "Dok tang mana ni?" tanya aq lagi.

"Cheq dok ada tang ofis lagi ni. Sat lagi nak p amek anak kat sekolah. Mamu sihat ka?" tanya Chom Bee dengan nada suara yg amat menawan.

"Cit ! Adakah patut panggei I mamu? Bukannya tua pun, cuma tua sikit ja dri Chom Bee tau." jawab aq kembali ngan nada suara yg agak tinggi sikit. (psai dia panggei aq mamu laaa). And of course, selagi aq x mencecah umoq 50, kira muda laa tu.... perut pun x buncit (adalah sikit kot), rambut pun nipih ja (x botak lagik), kulit pun tegang lagi (tegang ka? Hmmmm....).

"Alaaaa mamu ni, cheq melawak saja aih. Takkan nak maghah kot?" balas Chom Bee ngan manja.....

Ni laaa yg wat aq x tahan ngan Chom Bee, kalau dia cakap dlm tepon, bukan maen manja, luruh smua iman d dada. Kalau dah jumpa, dok asek gelak sakan smpai x ingat dunia. Tapi nak kata apa, inikan Chom Bee aq.

"Ni Chom Bee, brapa kali nak habaq, tok sah dok panggei mamu, panggei la abg ka, nana ka, baghu syok nak sembang." aq trus nak menepis ungkapan mamu itu.

"Cheq ghasa x selesa la nak panggei abg ka nana, psai satg takut orang laen dengaq, depa dok berkata kata." Chom Bee dok justify.

"Awat ngan cheq ni? Yang dok ghisau orang laen sembang psai apa. depa dok bayaq gaji Chom Bee ka smpai dok ghisau cam tu skali. Biaq p kat depa, ni kita kita saja cukup laaa" kata aq.

Aq sambung lagik cuba mengayat, " Ni awat cheq lama x call orang KL? Tau laa ada orang laen kat sini jugak, tapikan kat yang ni x rindu ka?"

"Hish U ni, rindu la jugak, kalau x rindu takkan Chom Bee nak call balik. Kannnnnnn" jawab Chom Bee ku.

"So, apa cerita? Keja ok ka? Ehem ehem sihat? Laki ngan anak U pun sihat ka?" tanya aq lagik.

"Semua Alhamdullillah sihat, cuma I ngan laki I ni agak kureng sikit la lately. Kami macam x bole jumpa muka, asyik nak bertengkaq jaaa. I pun apa lagik, merajuk la. U nak tau, bukan laki I tu nak pujuk, tapi dia truih balik p umah mak dia, tinggai I sorang2 kat umah ni. Abih anak2 dia angkut skali. Mana patut, betoi kan" Chom Bee cuba mencari simpati ngan aq.

"Kot kot U tersalah cakap ngan dia kot. Cuba ingat balik, mesti ada sebabnya dia wat camtu. Ka, dia dapat tau U dok *teeeeeeeet* kat KL ni. Pikiaq lama lama, ingat balik" aq cuba mententeramkan emosi Chom Bee. Time aq dah dapat rasakan dah dari suara Chom Bee, dia dok cuba tahan perasaan. Silap aghibulan, mesti paip ayaq bocoq, satg mula laaa... Ni susah kalau terjadi, aq ni lak bukan pandai nak pujuk pujuk ni.

"U ni kan mulut chapoi sngt naaa.... Yg tau I dok "teeeeeeet* kat KL ni 3 orang saja. I don't think sapa2 pun p gatai crita kat laki I tu." Chom Bee ngan pantas melazerkan aq.

"Ramai jugak la yg tau U dok ehem ehem kat KL. U dok p broadcast ka. Ni, kalau nak wat benda x baek, wat diam2 jaa... x payah dok crita satu kampung. Tu yang dok perang dingin tu."  Aq mencelah.

"Ni yg I nyampah cakap ngan org yg bnyk falsampah. Ye la Ye la, I ni la yg jahat...." ujar Chom Bee seolah merajuk.

Alamak, aq tersalh tekan butang ler, tertekan butang sensitip. so aq lekas lekas mintak diri.

"U, I 've got to go laaa.... Polis kat depan ni, kang x pasal2 kena 300 hengget. Nanti bila senang, kita sambung naaa cheq ooii. Tok sah la dok bersedih hati.... Kan sabar itu separuh dari iman. Salam" aq cepat2 memetikan perbualan.

"Memang dah agak U akan wat camni. Tak per laa. I'll talk to U later. Salam" reply Chom Bee ngan nada merajuk nya itu.

"Jgnlah maghah cheq ooi.... satg kedut tu smua kluaq abih. hehehehehehe. Bye."

No comments:

Post a Comment