Friday, May 27, 2011

RAHSIA

Setiap dr kita pasti mempunyai RAHSIA bile mengharungi journey yg bnyk ranjau berduri yg kite kenali sebagai kehidupan.

Walau bagaimana intim dan rapat sekali pun d antara couple2 yg telah terjalin, namun pasti kite ade menyimpan, kalau x bnyk, sedikit RAHSIA.

Kekadang tu, RAHSIA itu mungkin terjadi d masa lampau, and kekadang tu pulak berlaku semasa terjalinnya ikatan persahabatan.

Adakah RAHSIA itu suatu perkara yg bole menyakitkan seseorang? Mayb..... But then mayb not.......

Memang dlm relationship kite d galakkan senantiasa berterus terang but if and I mean a big "IF", bile RAHSIA d revealkan, bakal terjadinye huru hara, haruskah kite simpan saje niat d hati?

Neway, macam sedara aku selalu cakap...... "Biarlah RAHSIA"..........

Tapi ada jugak couple yg bercouple ngan penuh RAHSIA. Hidup dlm kepura puraan. Tidak d alam nyata. Kite mesti selalu ingat bahawa kalau kehidupan kite penuh ngan RAHSIA, tiada ketenangan jiwa, pala akan selalu serabut bagai dunia in penuh ngan kekalutan dan kekusutan.

Couple yg declare tiada RAHSIA d antara mereka lak, bak kata Usop Willcha, "Nampak sngt menipu". hehehehehehe. Bole kah berlaku d mana tiada langsung RAHSIA d antara mereka? Kalau mmg benar, mmg patut kita ucapkan setinggi tinggi tahniah as we all know and aware, amat susah skali untuk perkara itu berlaku.

Conclusi nya, walauapa sklai pun RAHSIA yg tersirat and tersurat, kalau kite sayang n cinta akan seseorang, kite harus berikhtiar tuk memperbaiki segala kelemahan diri and cube ngelak mempunyai RAHSIA kerna ia bole membinasakan segala yg telah kite bina bersama.....................

No comments:

Post a Comment