Friday, July 8, 2011

Jiwang Karat Menghantui Pala Otak Aq ... episod 19

Hari silih berganti; bulan pun makin meningkat. Hubungan aq ngan Harr makin lama makin intim. Saat saat indah yg kami spend bersama sememangnya membuat aq bahagia. Walaupun harus aq hadapi pelbagai rintangan d tempat keja, namun aq selalu look forward tima abis pejabat kerna aq akan spend time ngan Harr...

Aktiviti kami bukan ler aktiviti yg luar biasa. Macam jugak ngan pasangan yg baru mengharungi bibit bibit cinta, aktiviti kami sama ajer ngan pasangan lain; g makan, tengok wayang, lepak kat Padang Kota sambil menikmati hembusan angin pantai yg bertiup.

I guess smua relationship yg pada peringkat permulaan nya sama ajer. Semua nya manis manis belaka. Kira kalau baru kluar jamban pun x der bau yg meloyakan ler.

Cuma ada satu perkara yg aq x berapa setuju. Di sebabkan Harr... tu salah seorang dr boss aq kat resort tu, kami terpaksa berlakon seolah olah x der apa2 yg berlaku d antara kami. Kirenye, time siang, kami colleague and sebelah malamnye kami couple.

Since x der ape2 yg drastic yg berlaku, aq ngan Harr are quite comfortable ngan arrangement tu. Pada mulanya, aq sangkakan it's all gonna be smmoth sailing, namun bila ia melibatkan hati and perasaan, memang susah nak control. Tambah pulak kalau orang tu yg jenis cemburu. Harr aq tgk cam relax jer most of d time. Aq lak bagai berada d medan perang setiap hari d dlm sanubari aq ni bila aq lihat ada orang laen yg cuba cucuk jarum ngan si Harr ni.

Dalam kami sembunyi sembunyi tu, ada jugak orang orang sekeliling dapat menghidu akan persahabatan istimewa kami. Mujur gak kami kire pandai cover line ler jugak. Bila d tanya, aq slalu kasik jawapan selamat laaa, "Mana ada apa apa. Kami kawan aje." ala ala jawapan artis. Hehehehe.
Namun begitu, ada jugak yg x putus asa nak cuba ngorek rahsia d sebalik keakraban persahabatan kami tu.

Kami kalau kuar dating, kami selalu g lepak kat Seberang Jaya or area Bayan Baru. This is because majority of the staff kat resort tu tinggal kat area area Teluk Bahang, Batu Ferringhi or Tanjung Bungah. Bila aq ingat kembali peristiwa ini, kiranya terrer jugak aq berlakon kannn. Harr pun apa kurangnya; lakonannya yg bersahaja.

Kalau rasanya kami ingin memadu kasih, selalunya kami akan keluar dari Penang. And peluang yg paling baik ialah bila Harr apply cuti nak balik kampung, aq pun sama jugak. Tapi beza ler satu or dua hari. Parents Harr tinggal kat Pahang manakala parents aq pulak masa tu dah pindah ke KL. Kitorang akan selalu lepak kat hotel area area Bukit Bintang. Bukannya apa, tapi murah. And masa tu kami berdua bukan tahu pun selok belok KL ni.

Gelagat kami tak ubah seperti dua pasangan yg tgh ada "affair". Memang giler arrr. Kalau cuti seminggu tu, kami akan spend masa bersama dua or tiga hari. So cuti kat umah macam satu dua hari jer lerr. Mak ngan bapak aq selalu bising psal aq cuti pendek sngt ngan dorang. Tapi apakan daya, aq masih belum mampu memberitahu mereka yg aq sebenarnya ada plan lain. (Kire notty jugak ler aqal fikiran aq ni).

Pernah tu, kami berdua g "holiday" kat Pulau Perhentian. Aq ni ala ala budak "Metropolitan", manaler aq suka sngt nak g kat "nature" ni. Tapi sayang punya pasal, aq turutkan jua. Satg kalau aq x ikut, ntah ngan sape lak si Harr ni g holiday. Tapi memang taubat lepas tu aq tak akan g mana mana yg melibatkan boat or perahu or sampan or apa apa yg sewaktu dengan nya.

Masa trip tu ler aq baru tau yg aq ni mabuk laut. Korang pun tau kan, perjalanan dari jeti Besut ke Perhentian amek masa lebih kurang 2 - 3 jam. Dahler bot jenis bot nelayan tu. And ombak kat Laut China Selatan tu bukan macam kat Selat Penang. Ombak dia, PERGH bole membunuh. Kire aq trus conquer "toilet" boat tu ler. Segala apa yg aq lantak pagi sebelum tu sebelum naik boat, smua kuar balik. Kenyang ler ikan ikan yg dok menunggu makanan d permukaan laut tu. Muka aq punye ler kembang smpai aq dah x dapat rasa pipi aq lagik. Kalau bole, mau aq kuarkan smua isi perut aq and letak tepi. Seksa dia, Tuhan ajer yg tau. Nak patah balik kirenye dah terlambat. Rasa menyesal tu macam tiada kesudahan.

Namun begitu, d overall trip tu quite fun except yg bab naik boat. Sampai aje kami kat Pulau Perhentian Besar, hati aq terasa begitu lega kerna dapat melihat semula daratan. Tapi sesuatu telah berlaku yg membuatkan aq terlupa episod "wheck wheck" aq tadi.......

.....bersambung.....

No comments:

Post a Comment