Friday, July 22, 2011

Jiwang Karat Aq continues ..... episod 20

Ah...... Pulau Perhentian...... suatu destinasi yg menarik kepada sesiapa yg suka pada nature. Bagi seseorang yg berasal dr bandar, lain ler pulak persepsi nya. Neway, kerna dpt bercuti ngan org tersayang aq redah ler jugak. Apa yg menarik perhatian aq ialah air laut yg begitu jernih, sejernih embun d kala pagi dinihari. Sungguh menarik sekali bila aq dpt melihat ke dasar laut yg penuh warna warni dan memerhati ikan berenang ke sana ke mari seolah olah tiada musibah yg melanda d hati.

Belum sempay aq menjejakkan kaki aq ke tanah, tetibe aq terdengar Harr.... bersuara,

"Ingat tadi U dah terjun laut. Lama betul U dlm toilet, buat apa?"

"I x berapa sihat laaa. U x nampak ka muka I ni punya la sembab smpai pipi I pun dah x rasa apa k."

"Hehehehe, jgn la dok marah. Salah U jugak. Yg U g ikut rentak air laut tu sapa suruh. Berdrama la segala anggota bdn U too." tambah Harr... lagi.

Hai, si Harr ni, orang tgh sakit, bukan dia nak simpati, kutuk lagi ada. Mujoq la muka jambu, nak marah pun x sampai hati. Jom la kita naik ke darat. Lagi lama atas bot ni kang, ntah apa lagi ar yg akan kluaq." ujar aq pada Harr...

Selepas kami check-in, kami pun jalan menuju ke arah chalet. Bila bukak ajer pintu, alangkah terkejut nya aq. Rasa macam aq dok kat zaman batu ler pulak. Dalam bilik tu cuma ada katil ngan kerusi tuk rehat. TV, hair dryer, cerek air, satu pun x nampak batang hidung. Bile aq on kan suis tuk kipas, mak ai x gerak pun ia.

Siasat punya siasat, chalet tu mmg x berelektrik pun. Cuma pakai generatot, tu pun on dari pukul 7 malam smpai 8 pagi sahaja. Arghhhhh !!!! merana lah aq kalau camni. Yg menyedihkan lagi, aq akan berada d pulau ini selama 5 hari. Oh no !!!! x mungkin. Tobat aq x mai dah. Apa yg aq nak buat ni.... Takkan nak p berendam dlm laut satu hari suntuk kot. Mau hitam kulit aku yg perang muda ni.

Tapi aq lihat Harr... cam rilex saja. Tambah xcited ada lah. So bila dia kata kat aq, "This is going to be a fun week.", of course aq ngan senyum kambing aq menjawab secara berseloroh, "Kannn. Back to nature." Tak tahu dlm hati aq dok menyumpah. Hehehehe. Mujurlah at least jamban dia bole pump/ Kalau tak, x sanggup la aq nak menghadapi minggu yg bakal mendatang ini.

Harr... trus salin pakaian d hadapan aq. WOW ! Manis sungguh tubuh yg berada d depan aq ini hingga aq terlupa akan segala yg berlegar legar d ruang fikiran aq. Lazat sekali. Trus otak nakal aq memainkan peranan. Kalau d ikutkan hati, mau saja aq terkam Harr... d saat ini. Tapi, aq masih waras and dpt lagi control adik aq dari bertindak d luar kawalan.

Siap ajer salin, Harr... trus bersuara, "I nak g snorkeling dulu, U nak ikut tak?"

"X per arr. U pg dulu, kang I follow." jawab aq ringkas sambil aq memerhati Harr... melangkah pergi dlm outfit yg bole mencabar keimanan seorang lelaki.

Walaupun dalam keadaanyg bagi aq amat tidak selesa, namu aq surprise jugak kerana aq actually had a good time. Mungkin jugak sebab Harr... ada bersama, so x terasa ler sangat. Pada sebelah malamnya, terasa amat indah sekali bila kami berdua duduk berbual d persisiran pantai sambil menikmati hembusan bayu malam dan kedengaran ombak membelah pantai. Begitu indah sekali sehinggakan kami merasakan seolah olah dunia ini milik kami berdua.

I guess when U are having such a good time, it flies very fast. Sedar x sedar, dah seminggu kami berada d pulau yg nyaman ini. Jungle trekking, snorkeling, scuba diving d antara activiti yg kami tempuhi. Ada jugak aktiviti lain tapi x bole tulis kat sini kerna blog ini rated U, hehehehe.

  ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejak dari kepulangan kami dari percutian bersama, hubungan aq ngan Harr semakin intim. Setiap saat kami ingin spend bersama. Bila berjauhan sikit, mula terasa rindu. Tetapi satu yg tiada beza ialah hubungan kami x dpt d declare atas sebab sebab yg x dapat aq nyatakan d sini. Namun begitu, kami sering menjadi bahan gossip d kalangan staff staff resort walaupun penafian demi penafian d buat oleh kami.

Tapi aq redha kerana selepas abis ajer time keja, memang kami akan cepat2 pulang untuk bersama. Seperti biasa, setiap yg indah selalunya ada banyak rintangan and cabarannya.

Memang x aq duga sesuatu bakal terjadi yg akan dapat mengugat perhubungan aq ngan Harr and bakal mencabar kesetiaan  kami berdua. Aq d panggil masuk ke bilik GM kerana ada hal mustahak yg perlu d sampaikan pada aq.

Tergamam aq seketika. Tak tahu bagaimana aq harus menerima berita yg baru d sampaikan pada aq ini.....

Hmmm.....

...bersambung...

No comments:

Post a Comment