Tuesday, January 11, 2011

Al-Kisahnya......

Cer ni aq jmpe mase dok belek2 kat tenet dolu.... so skung aq nak sharing la ngan korang smua....
Msti korang ketawa besa.... Tapi x ader niat nak mainkan sesape pun tau....

"Kisah ni diceritakan oleh kawan aku. Mamat ni asal Kelantan. Mmg pure Kelantan. Satu hari dia story kat aku macam mana first time dia dtg ke Seremban sebab g interview ngan salah sebuah Syarikat Pengangkutan.
Nak dipendekkan cerita, dalam masa dia mencari lokasi pejabat syarikat pengangkutan tu, dia pun bertanyalah ngan sorang mamat ni.

"Bey tumpey tanyo. Dimano pejabat syarikat pengangkutey?"

Mamat ni tgk dia atas bawah, atas bawah. "Ekau biar bonar. cakap tu elok elok sikit jang"

"Betul doh kawey keceknih. syarikat pengangkutey, pengangkutey.."

"Budak ni ado yg lobam nanti kang..." Brader tadi dah mula naik hangin sikit. Memandangkan member aku tadi tau brader ti tak berapa faham cakap dia, maka dia pun tunjukkan alamat pejabat itu.

"Ni ha alamat dio, XXXX Transportation Sdn Bhd......, transportation, transportation"

"Oo....transportation...ingat apo bondo tadi pegang kotey pegang kotey.."

Barulah brader tadi faham. Maka brader tu pun bagilah arahan macam mana nak g ke pejabat tu. Walking distance jer tapi nak kene belok ikut 2-3 simpang jugaklah. Tapi maklumlah ibaratnya sorang cakap ayam, sorang cakap itik, maka timbul lagi kekeliruan. Jadi member aku ni mintak tolong brader tu lukiskan plan.

"Abey buleh tunjuk peley dok?"

Lagi sekali brader nogori tuh terkojut. Skali lagi dia tgk member aku atas bawah, atas bawah.

"HISH!!!....Ekau kan dah ado tu. Nak buek apo lai tunjuk den punyo? Brader tu dah start bengang balik.

Maka member aku ni pun terkial - kial lah keluarkan pen ngan kertas sambil mintak brader tu lukiskan.

"Lukih lukih peley nok gi ke sano..."

"Ooooo.... mintak tunjuk lukis polan. Ingat nak mintak tunjuk apo tadi.....Hish ko ni jang...." Maka brader tu pun tolonglah lukis pelan.

Walaupun berlaku beberapa salah faham tadi, diatas keikhlasan brader tu, maka member aku pun akhirnya sampai ke pejabat yg ditujunya tu dan hasilhya diterima bekerja ngan syarikat tersebut...........Al-kisahnya..........

1 comment:

  1. yng x tahan tuh ...tunjuk peley
    pas 2..lukis pulak..adesss

    ReplyDelete