Tuesday, January 11, 2011

Bile pala otak aq berjiwang karat........

Har........
Setelah sekian lama aq memerhatikan gerak gerinya dari jauh. mahu aq mendekatinya tapi tak berdaya. Takut kalau aq d tertawakan. Siapakah aq ini? Rupa tak seberapa (walaupun dalam hati aq tau aq ni cute giler), dan harta pun ala-ala kadar aje. Namun begitu, setiap kali aq berada di sisinya, jantungku pasti berdegup kencang.
Aku mula berkenalan dengannya kira-kira 7 bulan yang lalu. Ketika itu, aq baru saja memulakan tugas di sebuah hotel di Batu Ferringhi. Pertama kali aq terpandang akan wajah dan gayanya yang menawan itu, hatiku pasti terhenti seketika.Setiap kali aq cuba menegurnya, lidahku kelu, bisu seribu bahasa. Mulutku terkumat kamit tapi tanpa suara. Aq hanya mampu melontarkan senyuman. Puas jugak pala otak aq memikirkan perkara yang boleh dibualkan bersama, namun fikiranku buntu. Apapun, aq gagahkan hati dan cuba mendekati dirinya. Mengapakah aq jadi gugup begini? Biul aq memikirkannya. Begitulah keadaan aq semasa dua bulan pertama bertugas di hotel itu.
Suatu hari, sedang aq mengelamun sambil menikmati tiupan angin sepoi sepoi bahasa, aq perasan dia memandang ke arahku. Mata kami bertembung, namu dengan pantas aq mengalihkan pandanganku ke arah lain. Aq dapat rasakan muka aq merah padam ketika itu. Sejenak aq memandangnya semula, terlihat aq akan senyumannya.
"Lama tak nampak pi mana?" dia bertanyakan padaku.
"Tak pi mana pun aih. Besa la. Dok tang ni ja. Keja banyak."jawabku ringkas tapi dengan nada yang rendah dan sayu.
Dia tersenyum lagi lalu memusingkan badannya dan mengatur langkah pergi. Hati ku seolah berkata, "Tok sah la pi lagi. Mai la kita sembang sat" namun tidak berdaya. Aq jadi kaku dan memerhatikan sahaja dia melangkah pergi. Fikiranku kusut. Aq tidak dapat berbuat apa-apa walaupun hati ini ingin meluahkan segala hasrat yang selama ini terpendam di dada.....
bersambung........

No comments:

Post a Comment