Saturday, January 15, 2011

Bile pala otak aq kembali berjiwang karat .........episod 2.......

Arini aq sambung cer Har..... ngan korang smua k.... Selamat membaca.........


"Masa aku mula bertugas d hotel yg aku mention tempoh hari, aku d tugaskan bekerje "overnight shit", shift burung hantu ler katakan.... Mujur gak aku baru jer balik dari US, so x yah nak adjust sangat. Lagipun, sebelum tu, memang ak slalu asyik berjaga malam and tidur waktu siang smpaikan mak aku pun naik risau, takut aku dah sasau. Anyway, so waktu pejabat aku kira dah bertukar pula ke waktu dini hari. Masuk keje kul 9 malam and tamat pukul 9 pagi; 12 jam tu.... smpai mata aku kire slalu bengkak jer. Tapi aku x kisah sebab at least aku keje, tak ler menghabis beras orang tua aku.

Setiap pagi, selesai aje shift aku, aku selalu ternanti - nantikan kehadiran Har.... ke pejabat. Oh ya, nama dia Har... Hanya Har... rasanya aku belum mention sipaekah yang aku dok usha-usha slama ini.

Setiap pagi, bila aku bertemu dengan Har..., hatiku rasa begitu nyaman dan tenang, bagaikan air sungai mengalir ke hilir. Aku memberanikan diri dan cuba untuk merapatkan didriku dengan Har. Slalu jugak aku bertanyakan kabar, tapi setakat itu saja ler yg dapat aku ungkapkan. Lidahku selalu jadi bisu, kelu seribu bahasa bila berada di samping Har.

Pada masa yang sama, aku perhatikan, yang Har nampak mesra bebeno dengan G. Rasa jeles pun ada ler jugak tapi apakan daya, aku hanya mampu memerhatikan dari jauh. Coz aku takut kalau aku berterus terang, aku akan kecewa. Kemesraan yang terjalin di antara mereka membuat aku menyusun strategi baru bagaimana aku dapat menjadi sebahagian dari hidup Har. Setakat ini Har hanya menganggap aku sebagai teman biasa ajer; teman sepejabat. Kadang2 aku rasakan, adakah ini hanya sekadar nafsu yang cuba menggoda aku atau aku memang ikhlas ingin berkawan dengan Har.......

bersambung.......

No comments:

Post a Comment