Tuesday, September 27, 2011

Ohhhh !!!!! Jiwang Karat Aq .... episod 25

"HAAAA !!!! Tau pulak hang balik kat ghumah ni. Aku ingatkan hang dah tak ingat jalan balik." jerit mak aq sebaik saja aq menjejakkan kaki aq d rumah ayah ngan ibu aq.

Aq sekadar tunduk ke lantai kerana aq tau selama ini aq telah berdosa pada kedua ibu bapa aq. Langsung aq tak terfikir mereka akan kecil hati dek kerana aq tak pulang ke rumah. Bukan nya ape tapi aq kan dok asyik berulang alik from Penang and KL. Asyik dok melayan buah hati hingga terlupa kekadang tu kita ni masih ada keluarga.

"Alaaa mak nya ooi, biaq pi lah kat dia. Dia bukan budak2 lagi. Dah besaq panjang." sampuk pulak oleh ayah aq.

"Bukannya apa Pak nya, kalau dah berkawan smpai tak ingat keluarga, dok kena peringat laa jugak> Satg kalau dah jadi benda yang x elok, sapa yang malu, KITA JUGAK !!!!" sambung mak aq sambil meninggikan suara sikit.

Mak ai, Bole tahan ler jugak telinga aq bernanah ni. Tapi nak wat camner kan, hadapi jugak ler ngan hati yang terbuka.

"Ni hang balik mai ni hang mimpi apa? Ka smalam hang jatuh tangga ka?" mak aq sempat menyindir aq ngan soalan soalan panazzzz.

"Mak tak mau cheq balik ka? Cheq mintak maaf banyak 2 kat mak. Bukan selama ni cheq tak mau balik tapi kerja banyak sangat." aq cuba memeberi penjelasan.

"Awat hang? Hang tok sah la dok pemohong kat sini. Ni ! Anak orang laen pun kerja jugak. Tapi depa tu tau nak balik mai jenguk mak bapak depa. Bukan macam hang." sambung mak aq lagi. Sekali pandang, sah sah aq nampak asap keluaq dari dua2 telinga  mak aq.

"Alaaa, sorry la Ma. Betoi, pas ni cheq janji x buat lagi." sambil tersengih lalu meletakkan kepala aq d bahu bonda tercinta.

"Tu laaa hang. Kalau x biaq mak hang berletiaq, tak bole ka?" ayah aq pulak menyampuk.

"Sorry ea Mama ngan Papa." trus keluar western pulak sambil aq berlari naik ke tingkat atas.

"Mujoq hang dah besaq. kalau tak, mau "PANG" sebijik." mak aq masih lagi membebel dari dapur.

=======================================================================

"Abang kena marah, YEAY !!" .... "Abang kena marah, YEAY !!" TiCheq dok mengajuk kat aq masa aq smpai ke tingkat atas. Adik2 aq yg dua orang lagi pun dok tersenyum2 sambil tunjuk tanda "good" dan menggerakkan ibu jari mereka.

"Korang perli abang ka? Sapa soh dok dengaq? Tak dak keja laen ka?" aq sergah kat adik2 aq.

Sambil menjelir lidah ke arah aq, TiCheq berkata, "Suka hati kami laaa. Padan muka. Sapa soh x balik2. Kalau ngan gurl-fren tu macam belangkaih.'

"Ni satg ada orang nak kena ngan abang ni kang !!!!" ugut aq pada TiCheq.

"Kalau brani, buat laa, nanti TiCheq habaq kat Mama ngan Papa." balas TiCheq ngan aq.

Ahhhh !!!! Malas aq nak layan. Baik aq masuk bilik layan walkman lagi baguih.

Sedang aq berbaring ke atas katil sambil mengelamun, tetiba aq terdengar TiCheq menjerit dengan sekuat kuat hatinya, "ABANG !!!! TELEFON !!!!! ADA POMPUAN NAK CAKAP NGAN ABANG !!!!"

Terus aq berlari turun tapi alangkah terkejut bila aq sampai separuh jalan turun tangga.

Aq terlihat mak aq terus merampas ganggang telefon dari TiCheq dan terus berbual.

ALAMAK !!!!!

Ni camner ni?

Aq belum introduce Harr... kat family lagi.

Habis lah aq camni .....

ARGHHHH !!!!!

.....bersambung.....

No comments:

Post a Comment