Thursday, June 30, 2011

Kebahagiaan !!!!!

Di sebalik segala kemungkaran and kerumitan yg d lalui oleh aq and kawan2 aq, ada jugak d antara mereka yg bakal melalui saat saat manis dlm kehidupan ini.

Secara jujurnya, aq rasa sedikit jealous akan mereka kerna mereka telah d kurniakan satu rahmat d mana mereka dapat berkongsi hidup ngan seseorang yg mereka cintai and sayangi. Aq masih ingat lagi saat saat indah aq bersama Zarr suatu ketika dulu. Panas yg aq sangka smpai ke petang tapi ianya bukan setakat hujan tapi ribut tornado yg melanda dan memusnahkan kebahagiaan yg tercipta.

Adakah kerna kematangan yg belum menjiwai diri aq ini ketika itu membuatkan aq bertindak terburu buru? Atau memang telah tertulis arah perjalanan hidup aq ini d mana ia akan senantiasa d landa badai sepertimana ombak membelah pantai.

Walaupun aq tetap bersyukur akan ketentuan yg telah d berikan pada aq, namun jauh d sudut hati ini akan sentiasa berharap agar keindahan yg pernah aq kecapi dpt aq alami semula. Mungkin jugak sudah terlewat untuk aq memikirkan itu semua dan terus hadapi hari hari yg mendatang ngan hati yg terbuka.

Jangan d salah ertikan perasaan aq ini. Bukannya aq tidak bahagia sekarang ini. Tetapi kebahagian yg aq nikmati sekarang, aq sendiri tidak tahu smpai ke tahap manakah bahagia yg aq inginkan dan sampai bilakah kebahgiaan ini akan kekal. Pada seseorang yg pernah melalui detik penceraian, d tinggalkan oleh seseorang, meninggalkan seseorang dan jugak pernah bersetuju untuk berpisah dgn seseorang secara baik, pasti ini aq anggap sebagai satu titik kegagalan dalam hidup aq walaupun aq berjaya dlm financial,  karier dan kerjaya. Namun aq tidak menyesal kerna pengalaman itu telah mengajar aq menjadi dewasa.

Pada sahabat aq seorang ni yg bakal d ijabkabulkan Sabtu ini, aq doakan agar dia berbahagia dalam menempuh alam perkahwinan hingga ke akhir hayat. Harapan aq agar tiada lagi kesunyian yg singgah d sudut hati beliau kerna aq tahu bakal suami nya akan menjaga beliau bagai menatang minyak yg penuh.

So, to Aida and Razi, aq ucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU"..........



No comments:

Post a Comment