Thursday, February 24, 2011

Kisah Lalu Berlabuh D Hati ......

Aq x sure samada korang pernah lalui peristiwa begini. melihat seseorang yg kita puja dan sanjung d rampas and menjadi milik org laen. Bila aq kenang kembali kisah lampau, sedey ada, geram pun ada. marah tu tok sah kata ler... Tapi kalau d analisa d sebalik apa yg terjadi, mungkin peyebabnya dtg dri kita sendiri.

Sedey kannnn........ hu hu hu ......

Apapun, segala pengalaman yg aq lalui ini membuat aq jadi stronger and lebih berhati hati. namun apa kan daya kerna aq sekadar insan biase. Walau prihatinnya aq terhadap segala yg berlaku, kekadang, peristiwa yg sama mayb akan terjadi. Jgnler kite dok asek menuding jari mencari kesilapan sesiapapun demi menjaga ego kita. Hanya yg dapat menenangkan minda dan fikiran kita sentiasa redha akan apa yg berlaku. Mungkin semua ini telah tertulis bgaimana journey kita seharusnya berlaku mengikut peredaran masa.

Balik pada kisah silam aq ni, walaupun aq bahagia ngan dia, namun d sebabkan masing2 bz mengejar cita2, hubungan kami jadi renggang hinggakan kehadiran orang ketiga tanpa aq sedari. Relationship yg d bina atas dasar cinta bertukar menjadi nighmare yg x sanggup aq hadapi. Kalau d masa kami mula berkenalan, smuanya manis2 belaka. Setiap perbualan d iringi oleh tawa riang. Setiap kali berjauhan menimbulkan rasa rindu yg teramat dalam. Lebih indah lagi bila saat yg d nantikan d mertai ngan kasih sayang.

Namun, aq sangka panas hingga ke petang, namun hujan d tengahari. And dlm konteks journey aq ini, bukan setakat hujan, taufan monsoon asek melanda setiap masa d kala mata bertentang mata ngan s dia. So, korang pun tau, bila taufan sering melanda, ia berubah menjadi puting beliung hinggakan berada d dlm bilik yg sama pun tidak mungkin.

Akhirnye, ikatan yg d bina selama 4 tahun 7 bulan itu berkecai and si dia aq terpaksa lepaskan walaupun hati aq ini tau, tiada apa yg dapat aq lakukan tuk selamatkan keadaan. Dari kedua duanya hidup merana, aq relakan dia pergi dr hidup aq and berdoa agar dia dpt jumpe apa yg d carikan selama ini. Punah segala harapan, rabak koyak hati aq ini. Rasanya d lumat lumatkan and d cincang hingga x dpt aq bayangkan. Adakah aq dpt meneruskan jouney hidup aq ini tanpa dia d sisi. Atau ada cahaya d hujung tunnel setelah sekian lama menghadapi kegelapan; ibarat kegelapan malam yg tiada awan d sisi.

Punca. Penyebab. Semua itu bermain main d fikiran aq ini. D manakah silap aq hingga journey aq in mengalami saat2 kegelapan. Aq jadi murung. Fikiran aq jadi bengong. Tapi aq harus tabahkan hati kerna journey aq ini baru saje bermula. masih jauh journey aq ini. Bole d ibaratkan aq sekadar baru membuka jendela kehidupan and menjadi curious apakah yg ada d depan sana. Pantang tok nenek aq mengaku kalah. Walaupun segala punca d tujukan ke arah aq, namun aq harus pasrah and truskan journey aq ini.

Tanap aq duga, Tanpa aq sangka, belum pun sempat aq menikmati kecerahan yg baru melanda hati aq in, aq terpaksa melalui satu lagi detik hitam yg bakal mengundang semula kegusaran and kepahitan hati aq ini. Tak cukup ngan perpisahan yg berlaku, kini aq d kejutkan ngan kabar berita yg si dia bakal meneruskan journey hidupnya d samping seoarang jejaka baru. Bagaikan d tabur garam kepada luka yg telah lama berdarah, jejaka yg akan bersatu bersama si dia tak lain tak bukan, sahabat aq sendiri. Oh mengapa? Mengapakah dugaan sebegini besar Kau berikan pada aq? Adakah ia sekadar ujian? Ataupun ia ingin membuat aq jadi gundah.

Mengapa? Mengapa? Mengapa?

Berat sungguh namun aq akan tetap laluinya. Tiada teks yg mengajar bagaimana harus aq tangani masaalah sebegini rupa. Demi menjaga hati anugerah2 yg Allah berikan pada aq, aq harungi jua saat indah si dia ngan kekasih baru walaupun dalam hati tiada siapa yg tahu. Aq hanya mampu memehati dr jauh............

3 comments:

  1. hehe...tertarik menarik dan story yang sempoi bersahaja. apa pun pengalaman mematangkan kita...:)

    ReplyDelete
  2. apa kes nie bang...putus sekali lagi ke???adesss....sabor bebanyak...hehehehhe

    ReplyDelete
  3. Thanx Bad-man.....
    Fendi, jus mengimbau kisah lama der

    ReplyDelete