Tuesday, April 17, 2012

Antara Keinginan & Kejayaan

Semenjak dua menjak ni, keadaan telah mengajar aku bahawa barangan materialistik tidak lah sepenting yang aku fikirkan selama ini. Kalau dulu aku bz mengejar kemewahan dan berada di dalam keadaan yang selesa (dari sudut pandang kewangan), namun kini, baru aku ketahui, kekadang apa yang aku kejar itu tidak lah sepenting mana pun.

Mungkin juga aku telah berjaya mendapat hampir segala apa yang aku idamkan; rumah sendiri, kereta idaman (apa lagi kalau bukan BEBE aku tu) dan kerjaya yang telah berjaya memberi kepuasan dalam hidup aku.

Semua itu, aku amat bersyukur kerana Allah telah menunaikan hampir segala hajat yang terpendam di hati sanubari aku ini. Apapun, walau masih ada cacat cerlanya dalam journey kehidupan aku, aku masih boleh berdiri teguh dalam mengharungi cabaran cabaran yang mendatang.

Dek kerana itu, aku amat berterima kasih kepada mereka mereka yang berdiri teguh di belakang aku selama ini dan yang banyak memberi dorongan dan kata nasihat agar aku dapat berjaya di tahap ini.

Ibuku, Hajjah Rapiah Maaruf yang tidak pernah penat memberi kata dua nasihat dan memberi semangat pada diri aku ini. Anak anak aku. IszQandar, Iszmanahani dan Iszlawati yang merupakan sumber inspirasi dan motivasi untuk aku berjaya kerana tanpa mereka, aku menjadi alpa dan mungkin boleh merubah hala tuju perjalanan aku ini. Walaupun tidak lagi bersama, Zarina masih lagi mempunyai impak yang besar dalam hidup aku dengan tiupan encouragement yang tak pernah putus putus.

Begitu juga dengan rakan kongsi aku dalam perniagaan studio aku sekarang, Aizul Marcello yang banyak memberi harapan dan pemangkin kepada aku untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan seelah sekian lama aku hanya mampu untuk makan gaji sahaja. Dia telah mengajar aku agar mengambil risiko dan berusaha dengan keras agar perniagaan kami berjaya dengan cemerlang, insyAllah.

Tidak aku lupa jugak kepada rakan rakan yang banyak membantu tatkala aku mengharungi detik detik permulaan dalam bidang perniagaan. Akmal Hafiz, Shafina Ismail, Zaleha Razali dan Shah Karim turut menyumbang idea idea yang bernas dan memberi imput yang positif.

Siapa lah aku kalau tidak mendapat sokongan dari tenaga produksi yang begitu gigih bersama membangunkan studio aku ini. Shafik Amir, Reen Khan, Gee-Ah Harris, Zul Fiqri, Jijun Meri, Haziq Zulman dan Kak Jah Rodi turut sama sama melayari bahtera permulaan EyeStudio Photography aku ini.

Of course, sedara sedara aku pun turut terlibat dalam memastikan agar aku dapat mengapai kejayaan yang aku rasakan ini. Terima kasih dari jauh di sudut hati kecil aku ini kepada kakak aku, Kak Nun, dan adik adik aku, Zeti, Syahrul, Achik, Azimah, Man ngan Hailey. Juga kepada generasi pelapis dalam keluarga aku, Syafiq, Muaz, Maisarah, Jojie, Intan, dan mereka yang selebihnya.

Doakan lah agar aku dan seluruh warga EyeStudio akan berkembang dan akan membuat semua bangga dengan apa yang cuba aku ngan Aizul cuba kecapi.

Alhamdullillah.

AMIN ......

1 comment:

  1. Alhamdulillah setakat ini....inshallah dgn bersyukor dan redho dgn apa yg telah dberiNya semua akan berjalan dgn lancar.....we r always behind U....love u bro-kjr

    ReplyDelete