Thursday, November 10, 2011

Awaiting For The New Dawn

Pejam celik pejam celik, dah smpai ke penghujung journey aq yg ke **. Alhamdullillah, Allah telah memberi kekuatan pada diri aq ini (baik fizikally or mentally) sehinggakan aq dapat bertahan hingga ke saat ini.

Walaupun banyak ranjau berduri lagi bernanah yg telah aq tempuhi, namun itu semua telah menjadikan aq lebih kuat and lebih berazam utk buat yg lebih baik d masa akan datang. Progressive journey kehidupan aq yg penuh warna warni ini telah banyak mendewasakan aq.

Bermula journey aq dari Pulau Mutiara, kemudian berkelana d seluruh utara tanah air d sepanjang zaman persekolahan aq, hinggalah membawa aq ke satu tempat nun jauh merentasi 2 benua dan lautan untuk aq menghabiskan alam pembelajaran aq ini.

Kemudian, dek kerana minat mengatasi kehendak ayahanda dan bonda, aq memberanikan diri menerokai dunia teater d mana telah mengajar aq erti berani bersuara dgn lontaran yg tegas namun terang dan mudah d fahami.

Bak kata pepatah, kita hanya mampu merancang tapi Allah jua yg menentukan segala galanya. Kehadiran sebutir permata d kala aq masih lagi muda remaja memaksa aq agar menjadi cepat dewasa.
Walaupun pada mulanya aq begitu terkesima dan amat teruja, tapi bila realiti mula menapak d akal fikiran, bermula lah segala cabaran dan rintangan membesarkan zuriat yg amat aq sayangi.

Aq tewas dalam cabaran journey kehidupan aq berkeluarga bila masjid yg d bina tidak dpt bertahan lama. Apapun sekali sebab perpisahan itu terjadi tidak perlu d huraikan lagi, tapi perlu mempunyai jati diri tuk meneruskan kehidupan aq seterusnya.

Keluarnya aq dari belenggu masaalah yg menimpa selama ini memberi aq begitu banyak ruang tuk aq membuat pilihan. Seolah olah baru sahaja aq keluar dari penjara cinta, aq dapat rasakan kenikmatan kebebasan tanpa perlu aq menjawab pada sesiapa pun.

Kebahagiaan yg d kecapi tidak bertahan lama kerana aq menjadi bosan dgn kehidupan yg tiada arah tuju. Aq tercari cari erti journey aq lalui d samping ingin mencari kepastian dalam mengejar kepuasan duniawi ini.

Alhamdullillah d sebalik kegelapan dan kemurungan yg melanda, datang satu cahaya yg menyinari hidup aq dan memberi harapan d mana aq masih ada masa untuk aq menebus segala kesalahan dan kejahilan yg telah aq tempuhi.

Kerapuhan iman tidak banyak membantu aq dalam proses aq mencari kebenaran. Namun, sedikit demi sedikit dapat aq kembalikan keimanan aq yg begitu rapuh bak sabuah titi yg usang menanti masa utk jatuh berderai meyembah bumi.

Aq redha dgn segala balasan yg aq terima kerana aq tahu, penyimpangan aq dari jalan yg d redhai. Yg penting adalah kesedaran dan juga tidak mengulangi kesilapan2 lalu and berdoa agar dapat d jauhi kesilapan yg baru.

Menghitung waktu hingga detik 12 malam hari ini, aq berazam untuk menjadikan diri aq ini berada d tahap yg dapat d terima oleh Nya. Sukar, itu aq akui tapi berkat dari doa bonda, anak2, saudara2 dan sahabat, aq yakin, ianya pasti terlaksana.

Moving forward, aq amat menantikan tarikh keramat ini kerana ianya pasti akan berlaku sekali sahaj dlm kehidupan aq ini.



With the eyeStudio Photography on the move, aq berharap sangat agar transformasi aq dari "makan gaji" kepada "keushawanan" menjadi ikhtibar dan semangat buat aq untuk terus maju dalam journey kehidupan aq ini.

No comments:

Post a Comment