Tuesday, October 25, 2011

Jiwang Karat D Keheningan Malam .... episod 27

Ntah apa yg telah berlaku aq pun x tau. Ingatkan lepas Harr dpt transfer ke KL, segala perancangan akan dapat terlaksana. Tapi yg berlaku adalah sebaliknya. Hubungan aq ngan Harr aq perasan dah semakin renggang. Mungkin masing2 bz ngan tugasan, tapi adakah itu satu alasan untuk justify segala yg terjadi?

Memang tak di nafikan, masa Harr... mula2 pindah, memang keadaan bagai d dalam syurga. Kiranya x perlu lagi aq mencari belaian d luar sana. (Bukan bermaksud aq ni suka berpeleseran k, tapi cuma sekadar ungkapan semata mata). Walaupun penat, namun bila pulang ajer d rumah, terasa begitu nyaman sekali bila ada seseorang yang kita kasihi berada di sisi.

Walaupun aktiviti kami tidak ler smpai pergi clubbing atau keluar berfoya foya hingga ke pagi dinihari, tapi setakat "cuddling" bersama d depan TV sudah memadai untuk kami mengapai erti kebahagiaan.

Itu semua dulu. sekarang amat berlainan sekali aktiviti harian kami. Kekadang tu sampai x bertegur sapa walaupun berada dalam bilik yg sama. Adakah aq ngan Harr telah ketandusan idea tuk berbicara?
Atau mungkin chemistry d antara kami telah luntur buat selama lamanya?

Nak kata kami bertelagah, tidak ler pulak ia berlaku sedemikian rupa. Sekadar banyak membisu seribu bahasa, seolah olah tiada apa yg dapat d luahkan dari hati sanubari masing2.

Namun d sebalik segala yg terjadi, kami tetap berusaha tuk menyelamat tali percintaan yg telah sekian lama terbina. Terlampau banyak rintangan yg telah kami tempuhi bersama. Akhirnya, aq ngan Harr telah bersetuju tuk pergi bercuti bersama.

Planning punya planning, Harr telah suggest kami pergi ke Pulau Perhentian.

ALAMAK !!!! Aq kene pergi bercuti ke suatu tempat walaupun cantik dari segi suasana dan pemandangan, bagi aq, ia adalah percutian d kawasan pendalaman. Korang kene ingat, aq ni asal dari bandar. D lahirkan, D besarkan dan sekarang menetap d kawasan bandar. Walaupun hati kecil ini memberontak, namun aq turuti jua demi kasih sayang aq terhadap Harr..

Pada hari kami bertolak, aq menerima satu kejutan lagi d mana kami "TERPAKSA" menaiki bot nelayan menyeberangi Laut China Selatan untuk smpai ke destinasi yg d tuju.

Masa kami sampai d Besut, keadaan masih gelap gelita. Lepas solat Subuh, kami berdua pekena Nasi Dagang, makanan feveret orang2 Ganu. Bot yg berlepas ke Perhentian bergerak mengikut jadual pada jam 8:30 pagi. Nak d jadikan cerita, pada hari kami bergerak ke Pulau, ombak laut bole tahan bergelora.

Apa lagi, trus aq conquer toilet atas bot tu. Segala apa yg aq makan pagi tadi decided tuk kluar balik. Mak Ai !!!! Allah saja jer yg tau pada waktu tu, betapa aq menyesal sekali datang tuk trip ini. Namun aq gagahkan jua. Andaikata aq d beri peluang tuk aq keluarkan organ dalaman aq dan letak d tepi, harus aq lakukan dgn segera. Tapi sudah terlambat tuk aq nak gostankan plan yg telah d rancang bersama. Bak kata pepatah oghang putih, "What a man would do for love." Whoever yg came up with that memang harus d sula smpai bernanah !!!!!!!!

Perjalanan yg memakan masa 2 jam 20 minit itu bagi aq terasa bagai 200 tahun yg tiada kesudahan nya. Aq begitu gembira sekali bila aq dapat menjejak kaki aq d bumi nyata, seolah olah aq telah sekian lama berada d lautan bergelora.

Sepanjang journey ke Perhentian, Harr tidak banyak bercakap. Masa aq tgh bz meng"wek" kat dalam toilet bot tadi pun, Harr langsung tidak dtg menjenguk aq. Terasa terkilan jugak ler kerana aq dapat merasakan seperti diri aq tidak lagi d hiraukan oleh Harr .... Sedey sekali !!!!

Setelah selesai check-in kat registration counter, aq ngan Harr pun berjalan ke kamar hotel yg terletak betul2 d depan pantai sambil jelas mendengar desiran air laut membasahi persisiran pantai. Oleh kerana nak save budget, aq ngan Harr bersetuju tuk berkongsi bilik sepanjang percutian kami.

Pabila aje pintu kamar d buka, aq menerima kejutan kedua dalam sejarah hidup aq ini ......

Apa dia? Hmmmm ........

.....bersambung.....

1 comment:

  1. jangan bersedih...sesuatu yg terjadi ada hikmahnya...pasti ada petunjuk...cuma kita perlu renung2 kan... :)

    ReplyDelete