Thursday, October 13, 2011

D.R.E.A.M.S. Turning Into Reality

Aq bet semua orang mempunyai impian yang dapa memenuhi hati sanubari kita. Cuma yang jadi batu penghalang, aq rasa ialah "opportunity" dan jugak usaha. Sebab itu ler, aq lihat ramai dari kalangan sahabat, kawan, kenalan mahupun musuh aq yg membiarkan impian mereka menjadi impian selamanya.

Aq rasa bertuah sangat kerana sekarang aq bisa merealisasikan impian aq di mana segala yg bermain di akal fikiran aq ini dapt menjadi kenyataan.

Walaupun pada mulanya, bila aq pitch idea aq ni pada business partner aq ni, confident level biasa2 jer. Tapi semakin aq fikirkan, aq menjadi bertambah yakin dengan idea memulakan business ni.

Aq rasa aq bersyukur sangat kerana di pertemukan dengan seorang insan yang bernama Aizul Marcello, seorang anak muda yang begitu fokus, bersemangat dan juga yang paling penting mempunyai kreativiti yang tinggi dri perspektif fotografi. Hasil kerja nya yang begitu elegant dapat menarik perhatian setiap yang melihat, membuatkan aq yakin yang potensi untuk bekerjasama amat lah tinggi.

Dengan pengalaman aq di bidang business selama ini, aq yakin dengan gabungan kami berdua akan dapat menghasilkan satu produk atau servis yang dapat menarik perhatian semua. Itu memang aku yakin sangat.

Walaupun dengan modal yang ala ala sederhana, aq yakin dengan kredibiliti Aizul dan pengalaman aq, studio kami akan dapat mencapai suatu tahap yang boleh di banggakan. Itu promise kami bersama agar studio ini akan kami bangunkan dengan jayanya.

Insyallah, bila studio ini mula beroperasi dan becoming more stable, lebih banyak lagi planning yang dapat kami buat agar segala impian masing masing bertukar menjadi realiti.

Aq sekarang lebih percaya bahawa, "Don't ever let your dreams die. But always hope it will become a reality" kerana walaupun ianya bermula agak lewat sikit dalam journey kehidupan aq, mungkin Allah telah menetapkan segala arah perjalanan yang bakal kita lalui. Haruslah aq bersyukur kepadaNya kerana tanpa restu, ianya tidak mungkin akan berlaku. AMIN ......

Doakan lah agar perniagaan aq bersama Aizul ini dan jugak anak anak buah aq yang lain dapat memberi kelainan kepada satu industri yang agak "saturated" dan "competitive" ini.

Kalau pada tahun 2010, Allah telah memakbulkan aq dapatkan BEBE, kini Allah jua yang telah memberi aq hidayah dan kekuatan untuk memperkenalkan "eyeStudio Photography" kepada dunia yang penuh cabaran dan rintangan ini.

No comments:

Post a Comment