Dah hampir 3 tahun berlalu since aku berdiri di tepi pantai ini sambil
ditemani oleh dengusan lamunan ombak yang mencecah pergigian pantai. Masih
terngial ngial di pala otak aku Harr meminta agar perhubungan kami terhenti di
tatkala aku amat menyayangi dirinya dengan sepenuh jiwa raga aku.
Tapi nak wat camner, aku harus terima hakikat yang jodoh antara kami
sudah tiada lagi. Walau apa pun sebab yang di beri oleh Harr, aku masih tidak
dapat terima alas an yang di beri.
Seperit mana sekali, seremuk mana sekali hati aku ini, aku redha dengan
segala ketentuan Illahi. Untuk memastikan aku tak meroyan tahap gaban (bak kata
anak2 muda zaman ini), aku terus mengabdikan diri aku dengan tugas tugas di
pejabat. Waktu social aku jadi teramat ler sempit, sesempit sampai boleh
dikatakan ke tahap zero. Aku jadi lebih kritikal akan segala yang cuba
mendatangi aku untuk mengenali diri aku dengan lebih rapat. Aku tak mampu untuk menerima sesiapa pun dalam hidup aku.
Hati aku jadi keras; sekeras keras air batu di kutub selatan. Kalau ada yang
cuba mendekati aku, mereka akan merasa kedinginan yang memancar dari hati
sanubari aku ini.
Istilah cinta dan sayang terus lupus dari kamus hidup aku. Aku lebih suka
melayari hari hari dengan aktiviti aktiviti yang tidak melibatkan hati dan
perasaan.
Tanpa aku sedari, 3 tahun berlalu tanpa sebarang ingatan terhadap Harr.
Namun aku hanya insan biasa. Tipu la kalau aku katakana aku tidak bersa sunyi
tapi aku nekad dengan keputusan aku.
Semasa aku tiba di tepi pantai ini dengan niat untuk merehatkan minda dan
fikiran bersama teman teman, tiba2 ingatan lama kembali berpaut di minda.
Teringat akan aku segala saat manis bersama dengan seorang yang aku pernah
menaruh harapan suatu ketika dahulu.
Mengapa? Why? Why?
Why do you have to come back to my mind? Aku tak mahu ini semua. Sudah
terasa amat serik akan segala yang terjadi. Please la nyah kau dari fikiran
aku. Aku tidak perlu ini semua. Setelah sekian lama aku cuba melupakan diri mu,
Aku tak mahu segala usaha yang telah di lakukan itu sebagai usaha yang sia sia.
Lagipun, aku tahu Harr telah pun move on. Sudah pasti dia sudah ada
pengganti diri aku ini.
Sedang aku kyusuk mengelamun melayani alunan ombak, tiba tiba ada tangan
yang datang menepuk belakang aku dengan kuat membuatkan aku tersedar dari
lamunan.
“HOI !!! kome ni pe hal? Dah macam kene rasuk hantu air jer teman
nengok.” Kedengaran suara garau range rendah menghinggapi anak telinga aku.
“Kome ghopenye Lan. Ingatkan sape ler tadi.” Jawab aku ringkas.
“Kome nak menbunuh teman ke? Cobe ler beri salam ke, kan lebih elok.”
sambung aku lagi. Lan rupanya, sahabat sepejabat aku. Lan duduk di belakang aku
di pejabat, seorang yang senantiasa riang and jarang atau pun tak pernah tengok
muka dia bermasaalah. Lan asal dari Kuala …. Kuala Kangso, Perok.
“Alaaa D, kome tu jauh bebeno memandang ke laut tu. Nape? Ade ikan duyung
ke yang dok lambei lambei ngan kome?” tanya Lan lagi.
“Kalau tak duyung, ntah ntah ikan dugong agak nye.” sambung Lan lagi sambil
ketawa kecil.
“Kome cakap tu berlapik arr sikit. Kang silap aribulan mau ada yang makan
slipar aku ni kang.” respon aku pada Lan.
“Sabar brader. Yang kome dok marah marah ni nape? Tengah bocor ler tuuuuu.
Slipar? Sedap bebeno ke slipar kome tu? Jap teman g ambik mayo ngan chili
sauce, saje nak nambah perisa. Hehehehehehe”Lan masih ngusik aku.
“Helo !!! suke hati aku lerrr, nak mengelamun ke? nak meroyan ke? nape?
Telur kome gatei ke?” bidas aku lagik.
“Telur telur jangan sebut yer. Sen-si-tip okay.” Lan menjawab ngan nada
yang agak tinggi sikit. “Kalau yer pun telur teman gatei, kome nak datang garu
ke? Hehehehehehe.” makin galak si Lan ngusik aku.
“ARGHHHHH !!!! malas aku nak layan ko.”aku semakin angin ngan respon si
Lan niii dan terus beredar ke arah yang lain.
“HOI D!!! Jap tunggu teman. Teman sorry okay. Sajer jer nak gurau gurau
ngan kome. Sensitif ler pulak.Jilat kang baru kome tahu.” Lan cuba minta maaf.
Terhenti langkah aku seketika dan terus merenung ke arah Lan. Bikin panas
jer mamat ni taw.
“Okay Okay. Teman betul betul sorry. Jom kita g lepak ngan lain.” ujar
Lan sambil memegang bahu aku dan mengurut urut dada aku kasik sejuk.
“Aku tak marah pun. Sajer jer.” kata aku ngan nada perlahan. “Cuma pala
otak aku ni serabut sikit.”
“Iyo lah, teman tahu.” sambil Lan mengeletek pinggang aku supaya aku
senyum.
“Hish ko ni Lan. Udoh udoh ler tu. Aku okay laa.” Jawab aku sambil
menepis tangan Lan.
Sampai di samping yang lain, aku terus mencapai sebotol air mineral sambil menikmati
permandanagn sekeliling.
Tiba tiba mata aku telah terpaut akan seseorang yang melintasi di hadapan
aku. Aku jadi kaku dek kerana terpegun ngan makhluk yang baru sahaja melintasi
di hadapan aku ini.
Siapakah dia?
Mahu saja aku menegur dirinya namun lidah aku jadi kelu seribu bahasa …..
Aku hanya mampu berdiri tanpa kata ……
…..bersambung …..
No comments:
Post a Comment